Berita Harian

Tak akan kosongkan kerusi Pandan

-

Putrajaya: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan mengosongk­an kerusi Parlimen Pandan disandangn­ya sekarang, semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau bukan tunggul atau ‘tukang panas kerusi’ untuk suaminya, sebaliknya diberikan mandat oleh pengundi Pandan untuk menjalanka­n amanah dan tanggungja­wab kepada mereka.

Katanya, beliau tidak semestinya menjadi korban percaturan politik PKR memandangk­an ada beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menawarkan kerusi masingmasi­ng untuk diisi Ketua Umum PH itu.

“Kenapa perlu saya kosongkan (kerusi Parlimen Pandan)? Saya dilantik oleh pengundi Pandan. Sebenarnya, kami juga ada ditawarkan (kerusi Parlimen) oleh Ahli Parlimen lain untuk diberi kepada Anwar.

‘Tukang panas kerusi’

“Ada sesuatu yang perlu diberi penekanan apabila membuat percaturan sedemikian kerana kita bukan lame duck (tunggul) atau ‘tukang panas kerusi’, sebaliknya dilantik oleh sistem pemilihan dan diberikan mandat oleh rakyat yang inginkan perubahan.

“Kalau tidak, kita tidak akan dapat ubah kerajaan jika begitu niat dan hasratnya. Kita mesti bekerja atau ia tidak akan membawa sebarang makna kerana akhirnya kita akan suruh Anwar ambil alih (kerusi Parlimen),” katanya dalam temu bual eksklusif dengan NSTP, kelmarin.

Ditanya mengenai percaturan bagi membolehka­n Anwar kembali ke kancah politik, Dr Wan Azizah berkata, beliau enggan memikirkan perkara itu ketika ini, sebaliknya mahu memberi tumpuan menjalanka­n tanggungja­wab dan amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pandan.

“Kalau nak fikirkan percaturan politik, memang digariskan dalam manifesto PH bahawa Anwar ialah Perdana Menteri seterusnya, tetapi Perdana Menteri sekarang masih lagi pegang jawatan.

“Beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) pun bukan ‘seating duck’. Kita tidak mahu Perdana Menteri hanya fikirkan mengenai lepaskan jawatan, sebaliknya beliau betul-betul bekerja. Itu perkara utama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia