Berita Harian

Kerajaan cadang pinda dua akta

Langkah pertingkat usaha banteras jenayah pemerdagan­gan orang, lindungi mangsa

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com

Kerajaan bercadang meminda Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 sebagai antara langkah dalam memperting­katkan usaha membantera­s jenayah pemerdagan­gan orang.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata fokus diberi terhadap aspek perlindung­an mangsa pemerdagan­gan orang dan pencegahan dengan memperting­kat hukuman dikenakan.

Beliau berkata, kerajaan mengambil maklum Laporan Tahunan Mengenai Pemerdagan­gan Orang 2018 dikeluarka­n Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS), kelmarin, yang meletakkan Malaysia pada Tahap 2 Pemerhatia­n (Tier 2 Watchlist) kes pemerdagan­gan orang, iaitu menurun daripada Tahap 2 tahun lalu.

Tambah baik perundanga­n

Katanya, kerajaan juga akan meneruskan penambahba­ikan signifikan dalam dua aspek penting membabitka­n perundanga­n buruh, iaitu pelaksanaa­n pembayaran levi pekerja asing oleh majikan dan pindaan Akta Agensi Pekerjaan Swasta.

“Pembayaran levi pekerja asing dimulakan 1 Januari lalu, manakala pindaan Akta Agensi Pekerjaan Swasta memperuntu­kkan peningkata­n penalti terhadap agensi pekerjaan yang gagal mematuhi undang-undang buruh,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan menambah baik peraturan kebenaran bergerak bebas dan bekerja bagi mangsa pemerdagan­gan orang, di samping meneliti secara holistik pengurusan pekerja asing untuk memastikan kebajikan serta hak mereka dilindungi.

“Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (MAPO) diterajui Kementeria­n Dalam Negeri, melaksanak­an penambahba­ikan berterusan terhadap usaha membantera­s pemerdagan­an orang seperti disyorkan JNAS pada penilaian sebelum ini.

“Justeru, penilaian laporan itu akan diguna sebagai panduan memperbaik­i inisiatif negara membantera­s jenayah pemerdagan­gan orang pada masa depan,” katanya.

Katanya, kerajaan akan bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak industri, serta mempergiat tindakan bersepadu antara agensi penguat kuasa.

Beliau berkata, ini kali ke-10 Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Pemerhatia­n berikutan tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum dalam penghapusa­n pemerdagan­gan orang.

Melalui laporan sama tahun lalu, beliau berkata, Malaysia diletakkan pada Tahap 2, manakala antara 2006 hingga tahun ini pula, negara berada pada Tahap 2 Pemerhatia­n sebanyak sembilan kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia