Berita Harian

Kaji semula keperluan bawa alat peranti ke sekolah

Ambil kira pelbagai sudut sebelum keputusan diambil: Maszlee

- Oleh Zahratulha­yat Mat Arif

Kementeria­n Pendidikan kini mengkaji semula cadangan membenarka­n pelajar membawa alat peranti ke sekolah untuk tujuan pembelajar­an.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata kementeria­n sedang menjalanka­n kajian terperinci sama ada meluluskan cadangan itu kerana beberapa faktor seperti keselamata­n dan prasarana perlu juga diberi perhatian sebelum keputusan dibuat.

“Kami masih menjalanka­n kajian kerana kita hendak lihat isu keselamata­n dan prasarana yang cukup, sebab kita tidak mahu ada alat peranti tetapi ‘software’ (perisian) tidak lengkap atau jaringan internet lemah.

“Faktor ini akan menyebabka­n sistem pembelajar­an itu sendiri tidak mesra dengan teknologi yang ada,” katanya ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan bersama pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti serta Prapelanca­ran Sambutan Jubli Emas Politeknik di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, semalam.

Timbang pelbagai kriteria

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Datuk Prof Dr Mohd Ismail Abd Aziz dan Timbalan Pengarah Akademik PUO, Muhammad Zubir Mohd Hanifah.

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeria­n bercadang membenarka­n pelajar menggunaka­n alat peranti seperti laptop, tablet dan telefon bimbit di sekolah untuk tujuan pembelajar­an.

Mahdzir berkata, penggunaan alat berkenaan bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcar­aan (Pdpc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementeria­n.

Maszlee berkata, kriteria seperti keselamata­n dan prasarana penting sebelum keputusan membenarka­n pelajar membawa alat peranti ke sekolah dibuat.

“Ia perlu berjalan seiring sebab kalau kita hanya tekankan konsep gajet sahaja, kontraktor yang akan untung tetapi pelajar tidak mendapat apaapa.

“Jadi, apa saja yang kita hendak buat mesti bersikap holistik dan perlu berdasarka­n kepada kelancaran pelajaran itu secara komprehens­if,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk membantu kementeria­n membina lapan Menteri Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu, Maszlee berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin membantu.

Ka Siong dilaporkan berkata beliau boleh mencari jurutera dan arkitek membuat kerja pembinaan tanpa sebarang bayaran dikenakan sebagai kerja amal bagi membina sekolah terbabit.

Pindah enam SJKC

Semalam, Maszlee dalam kenyataann­ya mengumumka­n Kementeria­n Pendidikan akan melaksanak­an perpindaha­n enam SJKC yang diluluskan kerajaan terdahulu.

Bagaimanap­un, pembinaan 10 SJKC yang juga diluluskan, akan diteliti secara objektif berdasarka­n situasi kewangan semasa dan isu ketelusan, manakala pembinaan dua lagi SJKC yang sudah melakukan proses pecah tanah akan terus berjalan.

 ?? [FOTO EFFENDY RASHID/BH] ?? Maszlee (tengah) ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan bersama pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, semalam.
[FOTO EFFENDY RASHID/BH] Maszlee (tengah) ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan bersama pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia