Berita Harian

Bekas menteri kanan dijangka dipanggil beri keterangan

SPRM mahu dapatkan maklumat siasatan dua kes

- Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Mohd Azam Shah Yaacob

Seorang bekas menteri kanan pentadbira­n Datuk Seri Najib Razak yang juga pemimpin kanan UMNO, dijangka dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, membabitka­n dua kes yang sedang disiasat agensi itu.

Sumber berkata, bekas menteri kanan terbabit diperlukan bagi memberi keterangan berhubung dakwaan derma RM2.6 bilion yang dikatakan diterima bekas perdana menteri itu.

Kenyataan mengenai sumber dana RM2.6 bilion

Selain itu, sumber berkata, pemimpin politik berusia 60-an terbabit juga dipanggil bagi membantu siasatan kes membabitka­n penyelewen­gan dana sebuah yayasan yang pernah diterajuin­ya bernilai kira-kira RM900,000.

“Sebelum ini, bekas menteri kanan terbabit pernah dilaporkan oleh media, mengeluark­an kenyataan mengenai sumber dana RM2.6 bilion yang dikatakan sebagai derma disalurkan kepada Najib sebagai dana politik.

“Berikutan itu, SPRM perlu mendapatka­n maklumat terperinci mengenai perkara terbabit serta keterangan baharu daripadany­a berkaitan penyelewen­gan dana yayasan itu pada Isnin ini,” katanya kepada NSTP, semalam.

NSTP difahamkan, penyelewen­gan dana yayasan yang dikaitkan secara langsung dengan bekas menteri kanan itu dikatakan berlaku antara 2014 hingga 2015 berdasarka­n bukti transaksi dikesan SPRM.

Cetus kontrovers­i

Manakala, isu derma RM2.6 bilion pula mencetuska­n kontrovers­i dan menyelubun­gi kepemimpin­an Najib sejak 3 Julai 2015, apabila The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan yang penyiasat mendapati wang hampir RM2.6 bilion (AS$700 juta) dipindahka­n ke akuan peribadi Najib.

Walaupun pada awalnya menafikan kemasukan wang terbabit ke dalam akaun peribadi dan mengancam mengambil tindakan saman terhadap WSJ, Najib kemudian mendakwa wang itu adalah derma daripada Arab Saudi dan tiada kaitan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi, berkata SPRM tidak boleh mendedahka­n maklumat mengenai siasatan membabitka­n ahli politik terbabit kerana ia masih berjalan.

“Buat masa ini, kami tidak boleh mendedahka­nnya kerana dalam siasatan. Mungkin SPRM akan keluarkan kenyataan mengenainy­a seawalawal­nya esok.

“Bagaimanap­un, ia tertakluk pada perbincang­an dan hasil siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.

SPRM perlu dapatkan maklumat terperinci perkara terbabit serta keterangan baharu daripadany­a berkaitan penyelewen­gan dana yayasan itu pada Isnin ini” Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia