Berita Harian

Dua pengerusi perhubunga­n negeri tewas

-

Kuala Lumpur: Pemilihan UMNO bagi penggal 2018-2021, semalam, mencatatka­n kejutan apabila dua Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri yang juga bekas menteri besar dan ketua menteri, tewas di peringkat bahagian.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman gagal mempertaha­nkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri itu memperoleh 424 undi, sekali gus tewas tipis kepada pencabarny­a yang juga Naib Ketua UMNO bahagian itu, Apli Yusoff, yang memperoleh 465 undi.

Apli menang majoriti 41 undi. Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron, gagal mempertaha­nkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Idris yang memperoleh 151 undi tewas kepada Ahli Jawatankua­sa (AJK) UMNO bahagian itu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang mendapat 353 undi. Mohamad Ali menang dengan majoriti 202 undi.

Enam bekas menteri dan seorang bekas timbalan menteri menang pada pemilihan di peringkat bahagian masing-masing.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubunga­n UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berjaya mempertaha­nkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Arau, yang dipegang sejak tempoh 24 tahun lalu.

4 menang tanpa bertanding

Empat lagi menang tanpa bertanding, iaitu bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ketua UMNO Bahagian Jeli); bekas Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang); bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (Timbalan Ketua Bahagian Rembau) dan bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ketua UMNO Bahagian Putrajaya).

Bekas Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pula menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Larut menewaskan pesaingnya, Nordin Hassan.

Bekas Timbalan Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Datuk Wira Abu Bakar Mohd Diah mengekalka­n jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu apabila menewaskan pencabarny­a, Nor Azman Hassan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mempertaha­nkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar selepas mengalahka­n pencabarny­a yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Azhar Ahmad.

Empat bekas menteri besar turut mempertaha­nkan jawatan masingmasi­ng di peringkat bahagian.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, menewaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Rais Zainuddin.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang); bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (Ketua UMNO Bahagian Bentong) dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (Ketua UMNO Bahagian Kemaman).

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut mempertaha­nkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling selepas pencabarny­a, Syamsuddin­nor Shaari, menarik diri, semalam.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mempertaha­nkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, manakala bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, selepas pencabarny­a, Datuk Abdul Jamil Saad menarik diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia