Berita Harian

Usul jawatan presiden had dua penggal dilulus

-

Kuala Langat: UMNO Bahagian Kuala Langat mengusulka­n jawatan presiden dihadkan untuk tempoh dua penggal sahaja.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop, berkata cadangan itu dibuat bagi memastikan UMNO sentiasa relevan dan segar setiap masa.

Katanya, dengan pertukaran presiden parti mengikut had penggal, lebih banyak perubahan dapat dibuat mengikut keadaan semasa.

“Bukan maksudnya kita tidak mahu presiden (yang sudah dilantik) tetapi mahu UMNO sentiasa berubah mengikut idea baharu.

“Yang lama perlu ada dan yang baharu tidak perlu membuang apa yang sudah dilakukan yang lama sebaliknya meningkatk­an usaha lama yang membawa kebaikan,” katanya ketika ditemui di Mesyuarat Perwakilan UMNO Kuala Langat semalam.

Dilulus tanpa bahas

Usul terbabit adalah satu-satunya usul bahagian berkenaan yang diluluskan tanpa bahas.

Terdahulu, Zurihan yang sebelum ini Timbalan UMNO bahagian, menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian menggantik­an Datuk Sulaiman Mohd Karli.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata usul berkenaan dilihat sebagai satu pembaharua­n berani.

“Usul ini dilihat dapat mengurangk­an pemusatan kuasa presiden, tetapi itu sahaja tidak cukup untuk melakukan perubahan dalam UMNO.

“Banyak perkara perlu dibuat presiden baharu dan kepemimpin­an utama, selain memerlukan sumbangan daripada semua sayap untuk memastikan UMNO terus maju,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia