Berita Harian

Pertimbang pindah ibu pejabat dari PWTC

Parti perlu kurangkan kos pengurusan

- Oleh Ifwan Tun Tuah

UMNO perlu mengkaji cara mengurangk­an kos pengurusan parti, termasuk mempertimb­ang cadangan memindahka­n ibu pejabat dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini, berkata kos ditanggung terlalu tinggi dan UMNO berkemungk­inan tidak mampu meneruskan­nya dalam keadaan sekarang.

“Kita perlu mengkaji sama ada perlu ibu pejabat (UMNO) di PWTC atau boleh pindahkan ke tempat lain yang kosnya lebih sederhana. Kita perlu menerima hakikat (parti) sudah kalah dan tidak boleh terus dengan cara lama.

Keutamaan parti

“Keutamaan UMNO ialah memastikan kos pengurusan tidak besar. Tidak perlu kelihatan gah dan glamor, tetapi penuh dengan masalah pada peringkat akar umbi.

“Dunia sedang berubah dengan cukup pantas. Jika kita masih dalam suasana lama, maka kita akan ditinggalk­an dan tidak lagi relevan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau, di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai pembekuan akaun UMNO berikutan siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) pula, Mohamad berkata, kepemimpin­an baharu parti perlu berunding dengan pihak berkuasa terbabit supaya peruntukan bagi pembayaran gaji kakitangan boleh diberi pengecuali­an.

Bagaimanap­un, beliau berkata, akaun UMNO Negeri Sembilan tidak dibekukan kerana tidak menerima peruntukan khas yang besar daripada Presiden parti sebelum ini.

“Kita tidak mendapat peruntukan berkenaan. Saya ada minta tetapi tidak dapat. Hangat juga hati ketika itu, tetapi syukur tidak dapat, ada hikmahnya,” katanya.

Justeru, Mohamad berkata, kepemimpin­an baharu UMNO perlu memberi tumpuan terhadap ketelusan akaun dan aset parti selepas ini, sekali gus tidak lagi menjadi rahsia yang hanya diketahui beberapa pemimpin tertinggi seperti dahulu.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ??
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia