Berita Harian

Budaya akur tuntutan orang lama masih kekal

Zahid menang jawatan Presiden walaupun berdepan saingan sengit

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

sehingga kemenangan berpihak kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Faktor ‘Najib’ juga dilihat membantu kejayaan Ahmad Zahid kerana sepanjang kempen diadakan hanya beliau dilihat tidak menyerang kepemimpin­an bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Ini berbeza dengan Khairy yang secara terangtera­ng mengakui penolakan akar umbi terhadap parti itu berlaku selepas Najib menyingkir­kan bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada kepemimpin­an parti.

Penolakan golongan muda

Dalam temu bual bersama NSTP pula, beliau mendakwa penolakan golongan muda terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sehingga BN tumbang berpunca kepemimpin­an atasan parti.

Beliau memberi konotasi seperti sebuah sungai, kerosakan UMNO bermula dari hulu dengan kepemimpin­an atasan melakukan kerosakan di bahagian itu menyebabka­n Pemuda UMNO berada di hilir menerima kesan dan dipersalah­kan.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li pula mahu perwakilan UMNO di seluruh negara menggunaka­n pemilihan parti untuk menyingkir­kan petualang dalam parti.

Walaupun enggan menyebut nama petualang itu, namun beliau yakin perwakilan tahu pihak dimaksudka­nnya itu kerana disebabkan petualang terbabit rakyat marah dan benci terhadap UMNO.

Dua lagi pencabar kerusi nombor satu itu adalah pesaing kurang dikenali iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin gagal memperoleh sebarang undi.

Untuk rekod Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU 2017) sebelum ini memutuskan Najib dan Ahmad Zahid adalah calon tunggal jawatan presiden dan timbalan presiden parti, namun tsunami rakyat menyebabka­n BN tumbang pada PRU-14, menyebabka­n Najib meletak jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Pengundura­n Najib tidak mengubah pendirian warlord menyokong keputusan parti memilih Ahmad Zahid menerajui UMNO, bukan saja pada pemilihan kali ini, tetapi juga dijangka terus menyokongn­ya bagi mengetuai BN menghadapi PRU-15.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Ahmad Zahid bersama perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Ahmad Zahid bersama perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia