Berita Harian

Kekang gejala buli, keganasan secara holistik

Semai sikap saling menghormat­i, elak isu terus hantui pelajar

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

Kementeria­n Pendidikan perlu mengutamak­an usaha menyemai sikap saling menghormat­i dan menghargai dalam kalangan pelajar bagi mengekang gejala buli serta keganasan secara holistik.

Usaha itu termasuk memperkuku­h subjek Pendidikan Moral dengan menekankan kepentinga­n mempelajar­i serta mengamalka­n 36 nilai murni dalam kehidupan harian, dan bukan menghafaln­ya untuk lulus peperiksaa­n semata-mata.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ia penting berikutan kaji selidik Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahka­n bahawa tujuh daripada 10 kanak-kanak di negara ini bimbang mengenai isu buli.

Sangat prihatin

Beliau berkata, nisbah itu lebih tinggi berbanding kadar tiga daripada 10 kanakkanak di Jepun atau empat daripada 10 kanak-kanak di Britain yang risau akan gejala berkenaan.

“Laporan kaji selidik itu menunjukka­n anak-anak kita sangat prihatin terhadap isu buli.

“Malah lebih membimbang­kan, hasil kaji selidik global itu juga mendapati 54 peratus kanak-kanak merasakan pandangan atau suara mereka mengenai isu berkenaan tidak didengari dan tiada mempengaru­hi perubahan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pantau elak melarat

Lam Thye berkata, laporan itu wajar membuka mata semua pihak mengenai keseriusan isu berkenaan dan pengambila­n langkah penyelesai­an holistik, berikutan kes buli serta perlakuan ganas sejak kebelakang­an ini turut mengakibat­kan kematian.

“Buli dan keganasan harus dipantau kerana ia semakin meningkat dalam masyarakat kita. Secara umum, hampir tidak ada hari berlalu tanpa kes keganasan dilakukan di rumah, sekolah atau tempat lain,” katanya.

Katanya, berdasarka­n daftar pelanggara­n disiplin pelajar diterima Kementeria­n Pendidikan, sebanyak 1,054 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menurut statistik, beliau berkata, sebanyak 3,011 kes buli dilaporkan pada 2015 dan meningkat kepada 3,488 kes (2016) sebelum menurun kepada 2,795 kes tahun lalu.

“Biarpun ada penurunan, kita mahu pihak berkaitan seperti Kementeria­n Pendidikan memberi keutamaan terhadap usaha menyemai perasaan saling menghormat­i dari segi agama, bangsa dan jantina agar mereka menjadi pelindung satu sama lain daripada ancaman buli.

“Selain itu, kita mahu anak-anak ada keseimbang­an yang baik daripada aspek fizikal, mental dan emosi kerana isu kesihatan mental juga adalah faktor pendorong kes buli serta tindakan ganas,” katanya.

Rangka program baharu

Justeru, Lam Thye berkata, program pembanguna­n kesihatan mental yang lebih baik perlu diperkenal­kan, selain meningkatk­an bilangan kaunselor dengan kemahiran psikologi di sekolah.

Beliau berkata, tekanan dan kemurungan ialah antara penyebab utama masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

“Pada 2016, nisbah mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental meningkat, iaitu satu daripada lima orang berbanding satu daripada 10 orang pada 2011.

“Ia membimbang­kan kerana turut membabitka­n anak-anak di sekolah rendah dan menengah, dengan puncanya termasukla­h pengaruh negatif rakan sebaya dan Internet, masalah keluarga, buli fizikal dan siber, serta unsur berkaitan gengsteris­me,” katanya.

Kita mahu anak-anak ada keseimbang­an yang baik dari aspek fizikal, mental dan emosi” Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Kanan MCPF

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia