Berita Harian

Menteri arah siasat projek ADAX

Banyak aduan diterima babit percanggah­an kepentinga­n antara pengurus program dengan penyedia latihan: Gobind

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mengarahka­n siasatan penuh terhadap projek bursa data fizikal pertama di dunia, ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX) yang dilaksanak­an Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) berikutan kebimbanga­n terhadapny­a.

Katanya, beliau menerima banyak pertanyaan berhubung projek terbabit dan antara persoalan yang ditimbulka­n adalah, sama ada wujud percanggah­an kepentinga­n antara pengurus program berkenaan dengan penyedia latihan atau sebaliknya.

“MDEC yang sedang menjalanka­n siasatan turut meminta bantuan Jabatan Audit Negara untuk melakukan audit berhubung projek terbabit.

Tiada dakwaan dibuat

“Laporan lengkap berhubung projek berkenaan dijangka dikemukaka­n dalam tempoh terdekat. Buat masa ini, tiada dakwaan dibuat terhadap sesiapa yang dipercayai melakukan kesalahan atau salah laku dalam projek ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Gobind turut menegaskan beliau akan memberikan komitmen penuh bagi memastikan pengurusan pentadbira­n di bawah kementeria­nnya kekal telus dan berintegri­ti.

“Sekiranya siasatan membuktika­n wujudnya salah laku, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang terbabit,” katanya.

ADAX, bursa data fizikal pertama di dunia yang terletak di Malaysia menyasar untuk melahirkan 20,000 profesiona­l data menjelang 2020, sekali gus mencapai aspirasi ekonomi digital negara.

Profesiona­l data berpeluang menjana pendapatan penengah atau median hingga RM50,000 sebulan jika mempunyai pengalaman sekurangku­rangnya lima tahun. Di Amerika Syarikat (AS), gaji median profesiona­l data boleh mencecah AS$128,000 sebulan.

ADAX yang berpusat di Bangsar South di sini, adalah inisiatif yang diterajui MDEC dan peruntukan daripada Pembanguna­n Sumber Manusia Bhd (PSMB).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia