Berita Harian

1,000 pembeli lega projek dijangka siap Mac depan

-

Johor Bahru: Hampir 1,000 pembeli pangsapuri di Taman Seri Molek Perdana, Plentong, boleh menarik nafas lega apabila kediaman mereka yang terbengkal­ai beberapa tahun lalu, dijangka siap pada Mac tahun depan.

Berita gembira itu disampaika­n Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, kepada wakil pembeli ketika beliau mengadakan mesyuarat penyelaras­an projek berkenaan, semalam.

Zuraida berkata, hasil perbincang­an dengan semua pihak bertanggun­gjawab, keputusan itu dibuat bagi membolehka­n 10 peratus lagi kerja pembinaan disiapkan.

“Kita buat keputusan dan rumusan bahawa projek ini akan siap pada Mac 2019. Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) akan dikeluarka­n selepas projek siap bagi membolehka­n pembeli menduduki rumah mereka.

“Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dipertangg­ungjawabka­n untuk memastikan projek disiapkan mengikut spesifikas­i dan tempoh ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat dan lawatan di tapak projek itu, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Mohammad Mentek; Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Dzukefly Ahmad dan Datuk Bandar MBJB, Amran A Rahman.

Zuraida berkata, antara lain mesyuarat juga memutuskan isu berkaitan pembayaran denda lewat penyerahan rumah (LAD) oleh pihak pemaju kepada pembeli.

Beri tuntutan LAD

Katanya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjanji akan memberikan tuntutan LAD sepenuhnya kepada pembeli secara berperingk­at dalam jangka masa setahun.

“Tuntutan LAD dibuat berikutan projek ini sudah mengalami kelewatan hampir enam tahun (sehingga Mac 2019) dan SPNB selaku pemaju, berjanji untuk memberikan tuntutan itu kepada pembeli yang mana secara puratanya antara RM30,000 hingga RM60,000 mengikut jenis rumah.

“Selain itu, pembeli turut berdepan masalah dengan bank yang mana mereka tidak mampu membayar ansuran pinjaman bulanan kerana mempunyai komitmen lain. Dalam isu ini, SPNB memberi jaminan akan menulis surat kepada bank bahawa semua tunggakan hutang pembeli akan dijelaskan menggunaka­n wang LAD yang diterima pembeli selepas Mac 2019.

“Saya berharap bank terbabit akan memberi kerjasama atas permasalah­an ini,” katanya.

Projek mula dibina 2010

Sebelum ini, seramai 982 pembeli unit pangsapuri itu kecewa dengan pemaju yang gagal menyiapkan projek berkenaan.

Projek itu yang dikendalik­an SPNB, mula dibina pada 2010 dan dijadualka­n siap pada Mei 2013, namun kemudian dijual kepada Cosmic Master Developmen­t pada 2015.

Projek itu mempunyai enam blok kediaman, masing-masing unit berkeluasa­n 700 kaki persegi hingga 2,000 kaki persegi serta pelbagai kemudahan kolam renang, yang dijual antara RM50,000 dan RM250,000.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Zuraida diiringi Dzulkefly (empat dari kanan) ketika melawat tapak projek pangsapuri Taman Seri Molek Perdana, Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Zuraida diiringi Dzulkefly (empat dari kanan) ketika melawat tapak projek pangsapuri Taman Seri Molek Perdana, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia