Berita Harian

Doktor pakar beri keterangan kepada polis, hospital

-

Putrajaya: Doktor pakar yang didakwa mengasari seorang pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Ampang, baru-baru ini, sudah memberi keterangan kepada polis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata doktor pakar itu turut memberi keterangan kepada Pengarah hospital berkenaan.

Katanya, semakan awal dengan pengurusan Hospital Ampang juga mendapati hospital itu sudah menerima laporan aduan secara lisan daripada PPS terbabit, dan siasatan segera dijalankan.

Perjelas perkara sebenar

“Ini bagi memastikan kedua-dua pihak berkenaan diberi peluang menjelaska­n keadaan sebenar dari perspektif masing-masing.

“Pihak hospital turut mengenal pasti saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kelmarin, sebuah portal berita melaporkan seorang PPS dikasari dan diugut untuk ditumbuk oleh seorang doktor pakar.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Katanya, difahamkan PPS terbabit juga membuat laporan polis mengenai insiden itu dan sebarang spekulasi dikhuatiri akan mengganggu siasatan.

“Jika sabit kesalahan, tindakan tegas, termasuk tatatertib boleh diambil terhadap pihak yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan sentiasa mengambil berat keselamata­n dan kesihatan anggotanya memandangk­an mereka adalah aset utama serta terbesar kementeria­n.

Selaras Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994, katanya, kementeria­n komited memastikan setakat yang praktik, keselamata­n, kesihatan dan kebajikan anggota dijaga ketika bertugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia