Berita Harian

Bayaran tunai haji kekal

TH tanggung subsidi RM400J akibat pengenalan GST oleh Arab Saudi

- Oleh Zaid Salim

Bayaran menunaikan haji bagi jemaah muassasah kali pertama kekal RM9,980 walaupun kos sebenar meningkat susulan pelaksanaa­n cukai barang dan perkhidmat­an (GST) oleh kerajaan Arab Saudi mulai 1 Januari lalu.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, berkata berikutan kenaikan kos itu, pihaknya menjangka menanggung subsidi hampir RM400 juta.

“Bagaimanap­un, tambahan kos sebanyak lima peratus itu dibayar Tabung Haji dan jemaah tidak perlu membayar apa-apa caj tambahan,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas perasmian Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M peringkat Terengganu yang disempurna­kan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, malam kelmarin.

Kursus diadakan berperingk­at

Seramai 2,739 bakal jemaah haji mengikuti kursus selama dua hari itu yang diadakan secara berperingk­at di 17 lokasi seluruh negara bermula kelmarin hingga 8 Julai ini, selaras usaha meningkatk­an tahap pengetahua­n jemaah berkaitan ibadah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Adi Azuan turut menjelaska­n tiada peraturan baharu dikeluarka­n kerajaan Arab Saudi terhadap 30,200 jemaah dari Malaysia pada musim haji tahun ini.

Beliau berkata, penerbanga­n pertama bagi jemaah haji dijadualka­n pada 14 Julai ini yang membabitka­n seramai 483 jemaah, manakala penerbanga­n terakhir pada 15 Ogos.

Transit di KLIA

“Tahun ini tiada penerbanga­n terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, ke Jeddah sebagaiman­a tahun lalu dan semua jemaah negeri ini akan transit di KLIA (Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur) sebelum meneruskan penerbanga­n ke Jeddah.

“Tahun ini juga julung kali Kompleks Tabung Haji Sepang akan digunakan untuk operasi haji tanah air bagi menggantik­an Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya yang sudah 36 tahun beroperasi,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an jemaah haji agar sentiasa menjaga kesihatan termasuk minum secukupnya, membawa keperluan ubat-ubatan dan tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas.

 ?? [FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] ??
[FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia