Berita Harian

MAQIS diarah perketat kawalan

-

Melaka: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani mengarahka­n Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) mengawal lebih ketat pintu masuk negara untuk menyekat kemasukan produk yang boleh memudaratk­an kesihatan.

Menterinya, Salahuddin Ayub turut memberi diberi kuasa kepada jabatan itu untuk bertindak ke tahap maksimum ketika menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap semua produk makanan yang hendak dibawa masuk.

“Saya meminta MAQIS bertindak pada tahap maksimum bagi memastikan setiap produk diperiksa dengan teliti, sebelum ia dibenarkan masuk ke negara kita.

“Ia bagi memastikan tidak berlaku pembelian mana-mana jenama yang mendatangk­an mudarat terhadap rakyat negara ini,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Parti Amanah Negara (AMANAH) di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, di sini, semalam.

6 produk sardin ada cacing

Kelmarin, Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n ada enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin mengandung­i bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Enam produk ikan sardin itu adalah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Kementeria­n Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkua­saan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimport­an produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

Salahuddin turut memuji tindakan pantas MAQIS yang bertindak proaktif peringkat pertama dengan mengesahka­n produk ikan sardin berkenaan mengandung­i cacing, sebelum didedahkan kepada rakyat.

“Saya yakin dan percaya MAQIS akan terus ambil tanggungja­wab ini dengan baik dan sudah pasti ia mencabar kerana membabitka­n kira-kira 40 pintu masuk di seluruh negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia