Berita Harian

‘Saya tak mahu bercerai selagi Abe sayang’

Pernikahan kanak-kanak 11 tahun warga Thailand cetus viral di media sosial

- Oleh Ramli Ibrahim

“Sejak berkahwin hampir dua minggu lalu, kami tidak pernah tidur bersama kerana Abe (suami) berjanji kami akan tinggal bersama lima tahun lagi.

“Walaupun ramai yang marah. Saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sayangkann­ya,” kata kanak-kanak berusia 11 tahun yang bernikah dengan peraih getah berumur 41 tahun dari sebuah kampung di sini.

Difahamkan, kanak-kanak warga Thailand itu isteri ketiga kepada lelaki terbabit.

Pasangan itu bernikah pada 18 Jun lalu di selatan Thailand.

Pernikahan itu mengejutka­n ramai orang apabila berkahwin pada usia muda dan gambar perkahwina­n mereka tersebar di media sosial sejak malam kelmarin selepas dimuat naik oleh isteri kedua lelaki berkenaan yang berusia 34 tahun.

Ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, kanak-kanak itu berkata dia dibawa kedua ibu bapanya ke Selatan Thailand untuk berkahwin.

“Sebelum Aidilfitri, mak ayah bertanyaka­n saya hajat Abe mahu berkahwin dengan saya. Saya terima kerana saya sayangkann­ya.

“Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah. Saya sudah lama kenal dengan Abe. Anak Abe juga rakan saya di kampung. Saya sayangkan Abe kerana Abe baik,” katanya.

Kahwin kerana kasihan

Sementara itu, bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 49 tahun, berkata mereka tinggal di sini sejak 20 tahun lalu dan bekerja sebagai penoreh getah.

Katanya, hasil getah yang diperoleh ada kalanya dijual kepada lelaki yang kini menjadi menantunya.

“Seminggu sebelum raya (Aidilfitri), dia datang menyampaik­an hajat untuk berkahwin dengan anak bongsu saya dan jika saya bersetuju, majlis pernikahan akan dibuat di Thailand pada hari raya keempat.

“Pada mulanya saya terkejut kerana anak masih muda, namun dia memaklumka­n kasihan kepada kami yang susah dan berjanji akan memberi kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan anak saya.

“Malah, dia memaklumka­n akan menjalani kehidupan suami isteri, mendaftark­an perkahwina­n dan mengambil anak saya tinggal bersama lima tahun lagi dan ini menyebabka­n saya terima lamaran itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun perkahwina­n anaknya menjadi bualan orang ramai, anaknya tidak tertekan dan sedih, sebaliknya masih mampu keluar rumah.

“Apa yang akan berlaku selepas ini, saya serahkan kepada menantu menguruska­nnya. Saya sudah lama kenal dia kerana kami menyewa di sebelah rumah isteri pertama menantu saya.

“Anak saya juga berkawan baik dengan anak menantu saya bersama isteri pertama. Sebelum ini, ketika menantu bercuti ke mana-mana, mereka juga membawa anak saya bersama.

“Jadi, soal bercerai atau perkahwina­n tidak diterima madu anak saya, biarlah menantu saya yang uruskan kerana kami orang miskin,” katanya.

Apa yang akan berlaku selepas ini, saya serahkan kepada menantu uruskannya. Saya sudah lama kenal dia kerana kami menyewa di sebelah rumah isteri pertama menantu saya” Bapa

 ??  ?? Kanak-kanak 11 tahun bersama ibu bapanya.
Kanak-kanak 11 tahun bersama ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia