Berita Harian

Majlis Agama Islam Narathiwat nafi urus perkahwina­n

-

Kota Bharu: Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata perkahwina­n kanak-kanak di bawah umur perlu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah serta ibu bapa walaupun diadakan di negara jiran.

“Pihak lelaki dan perempuan perlu memohon kebenaran mahkamah kerana undang-undang hanya membenarka­n wanita berusia 18 tahun ke atas untuk berkahwin tanpa kebenaran mahkamah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau menjelaska­n jika mendapat kebenaran Mahkamah Syariah, wanita yang berusia 18 tahun ke bawah boleh berkahwin kerana undang-undang Islam membenarka­nnya.

“Perkahwina­n kanak-kanak bawah umur juga perlu berwali bapa dan mendapat kebenaran ibu bapa. Perkahwina­n itu tidak boleh berwali hakim sebagai tanda ibu bapa bersetuju dengan perkahwina­n mereka terutama kanak-kanak.

“Jika mereka mahu mendaftar perkahwina­n di negara ini, Mahkamah Syariah akan mengenakan denda RM1,000,” katanya.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, pula berkata perkahwina­n lelaki dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu masih dalam siasatan.

Undang-undang agama Thailand tak halang

Sementara itu, Majlis Agama Islam Narathiwat menafikan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan pasanganny­a berkahwin di daerah berkenaan.

Naib Yang Dipertuany­a, Abdul Aziz Che Mamat, berkata pihaknya tidak pernah menguruska­n proses perkahwina­n pasangan itu.

Bagaimanap­un, katanya, undangunda­ng agama Thailand tidak menghalang perkahwina­n remaja bawah umur yang mendapat restu kedua ibu bapa.

“Sejak beberapa tahun lalu hingga hari ini, tidak ada majlis akad nikah membabitka­n remaja bawah umur di pejabat kami di Narathiwat,” katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembang­an berkaitan, sumber memberitah­u pasangan berkenaan berkemungk­inan besar berkahwin di pejabat agama di Sungai Golok.

Katanya, kebanyakan pasangan Malaysia terutama dari Kelantan memilih untuk berkahwin di situ kerana jarak perjalanan yang dekat.

 ??  ?? Daud Muhammad
Daud Muhammad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia