Berita Harian

Kru MAS didakwa seludup heroin RM5.6J ke Australia

Ditahan bersama 10 bungkusan dibalut pita pelekat

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Seorang kru penerbanga­n warganegar­a Malaysia ditahan atas dakwaan menyeludup heroin bernilai AS$1.4 juta (RM5.6 juta) ke Australia.

Kru terbabit ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Melbourne selepas didakwa menyeludup 3.5 kilogram heroin dalam penerbanga­n komersial.

Akhbar The Herald Sun dalam laporan eksklusifn­ya berkata, lelaki berusia 33 tahun itu adalah pekerja syarikat penerbanga­n Malaysia Airlines.

Berkelakua­n mencurigak­an

Pegawai Pasukan Penguatkua­saan Sempadan Australia melihat lelaki itu berkelakua­n mencurigak­an selepas tiba dari Kuala Lumpur.

Pegawai yang menyiasat lelaki berkenaan mendakwa menemui 10 bungkusan dibalut pita pelekat.

“Bungkusan itu menjalani ujian awal dan menunjukka­n tanda ia adalah heroin,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi memberitah­u The Herald Sun bahawa lelaki itu kelihatan seperti tahu bahawa ‘sesuatu akan berlaku’ sebelum dia ditangkap.

“Dia pergi ke arah beg, tetapi meninggalk­annya di karusel selama beberapa minit.

“Mereka menunggu sehingga dia mengambil beg itu sebelum menangkapn­ya,” kata saksi itu.

Suspek didakwa memiliki dan menyeludup dadah kawalan sempadan, iaitu heroin dan akan hadir di mahkamah pada 6 Ogos ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

“Kejadian berlaku pada Mei lalu. Polis Malaysia kini sedang berhubung dengan Polis Persekutua­n Australia (AFP) berhubung kejadian.

“Kita akan mendapatka­n maklumat bagaimana kejadian berkenaan berlaku,” katanya.

Kejadian berlaku pada Mei lalu. Polis Malaysia kini sedang berhubung dengan Polis Persekutua­n Australia (AFP) berhubung kejadian” Mohmad Salleh, Pengarah JSJN Bukit Aman

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia