Berita Harian

Suspek bebas pengaruh dadah, alkohol

-

Kuala Langat: Suspek kes bunuh ibu kandung di Taman Langat Utama, Rancangan Tanah Belia (RTB) Kampung Bukit Changgang, di sini, kelmarin didapati bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superinten­dan Kamalariff­in Aman Shah berkata, ujian air kencing dan darah yang dilakukan terhadap suspek berusia 20 tahun itu adalah negatif bahan terlarang.

“Kita juga masih dalam siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu berikutan suspek masih dalam keadaan tidak waras.

“Hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Banting semalam, mendapati wanita itu meninggal dunia akibat tusukan pisau pada kepala dan paru-paru,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ditahan reman seminggu

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman seminggu bermula semalam hingga Jumaat depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kelmarin, NSTP melaporkan seorang ibu maut dalam keadaan menyayat hati selepas ditikam anak sendiri.

Kejadian hanya disedari suami dan seorang lagi anak mangsa yang berusia 12 tahun selepas mereka pulang apabila selesai solat Jumaat pada jam 2.10 petang.

Ketika ditemui, mangsa berusia 50 tahun itu sudah tidak sedarkan diri selain tiga kesan tikaman ditemui pada kepala dan dada mangsa.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia