Berita Harian

Lima maut, 4 hilang nahas bot bertembung

-

Tawau: Lima maut, manakala empat lagi hilang apabila sebuah bot laju dinaiki warga Indonesia bertembung dengan sebuah bot tanpa penumpang di perairan Sungai Nyamuk di negara jiran itu, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku ketika bot laju dipercayai membawa 16 penumpang warga Indonesia dan juragan dalam perjalanan dari Tawau ke Pulau Sebatik.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tawau, Kapten Maritim Romli Mustafa, berkata berdasarka­n maklumat itu, pihaknya menjalanka­n operasi pencarian di kawasan perairan Malaysia.

“Susulan kejadian itu, lima penumpang terkorban dan empat masih hilang, manakala tujuh berjaya diselamatk­an.

Terus pantau perairan

“Pihak kami tidak mengaktifk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR), serta masih tiada menerima permintaan bantuan pencarian daripada pihak Indonesia.

“Bagaimanap­un, kita terus memantau kawasan perairan Malaysia kerana aset Maritim Malaysia sedia ada di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sudah merujuk Konsulat Republik Indonesia di Tawau berkenaan kejadian itu, namun belum menerima maklumat secara rasmi.

Sementara itu, menurut laporan portal berita Indonesia, semua mangsa adalah warganegar­a berkenaan yang bekerja dalam pelbagai sektor, termasuk perladanga­n di Sabah.

Mangsa yang maut ialah tiga perempuan dan seorang lelaki berusia 13 hingga 54 tahun, manakala seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.

 ??  ?? Mayat lima warganegar­a Indonesia nahas bot bertembung di perairan Sungai Nyamuk, Indonesia, semalam.
Mayat lima warganegar­a Indonesia nahas bot bertembung di perairan Sungai Nyamuk, Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia