Berita Harian

Suri rumah menang unit pangsapuri RM400,000

-

Klang: Seorang suri rumah memenangi hadiah utama Kempen Free Home Gravit8 dari Mitraland Group iaitu sebuah unit pangsapuri bernilai RM400,000.

Pemenang, A Mekalai, 52, berkata beliau dan suaminya B Ramesh, 58, membeli sebuah unit pangsapuri Gravit8 untuk anak mereka pada Oktober tahun lalu sekali gus melayakkan mereka menyertai kempen berkenaan.

“Saya tidak menyangka akan memenangi hadiah utama kerana kempen ini disertai bukan sahaja pembeli tetapi turut terbuka kepada orang awam.

Tak letak harapan tinggi

“Sebelum datang ke sini, suami saya begitu yakin kami akan memenangi hadiah pada hari ini (semalam) bagaimanap­un saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman pemenang Kempen Free Home Gravit8 di Galeri Jualan Gravit8, di sini, semalam.

Hadiah utama itu disampaika­n oleh Pengarah Eksekutif Mitra Land Group, Teo Ching Wee.

Mekalai berkata, unit pangsapuri yang dimenangin­ya adalah Adria dengan keluasan 637 kaki persegi yang dijangka siap pada tahun 2020.

“Secara kebetulan unit yang kami beli tahun lalu juga adalah Adria jadi kami bercadang berikannya kepada seorang lagi anak kami,” katanya.

Katanya, beliau memilih pangsapuri Gravit8 berikutan ia berdekatan dengan rumahnya iaitu di Bukit Tinggi selain lokasi strategik dengan unit pangsapuri yang cantik.

Mekalai memenangi unit pangsapuri berkenaan secara cabutan bertuah yang turut disertai 29 peserta yang lain.

Sementara itu, Kempen Free Home yang julung kali dianjurkan Mitra Land itu bermula pada 1 Oktober 2017 dan berakhir pada 31 Mei lalu. Kempen berkenaan terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia menerusi portal kempen atas talian.

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Mekalai (kanan) bersama Ramesh selepas menerima hadiah utama Kempen Free Home Gravit8 di Klang, semalam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Mekalai (kanan) bersama Ramesh selepas menerima hadiah utama Kempen Free Home Gravit8 di Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia