Berita Harian

Kimball beri ganjaran kepada pengguna

Mariah juarai peraduan Menangi Jamuan Raya Bersama Selebriti Cef Fikree

- Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

Sempena Aidilfitri, Kimball menganjurk­an peraduan ‘Menangi Jamuan Raya Bersama Selebriti Cef Fikree’ bertujuan memberi ganjaran kepada pengguna atas sokongan terhadap produk itu.

Mariah Idris, 61, dipilih sebagai pemenang utama peraduan berkenaan yang berpeluang menjemput keluarga dan rakan menikmati jamuan raya Kimball tanpa perlu menyediaka­nnya selain menerima hamper Tupperware bernilai RM1,000.

Sertai sekadar suka-suka

“Alhamdulil­lah saya menyertai sekadar suka-suka. Semuanya disebabkan anak yang meminta saya menghantar banyak penyertaan.

“Caranya dengan hanya membeli barangan Kimball bernilai RM10 dalam satu resit dan jawab satu soalan mudah.

“Saya juga adalah pengguna setia produk Kimball sejak dulu kerana rasa, kualiti serta harga yang lebih murah,” katanya ketika ditemui pada majlis Kimball Meraikan Pemenang dengan Jamuan Raya Kimball Istimewa, di sini, semalam.

Pengurus Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Tania Lee, berkata Kimball sentiasa mencari cara kreatif dan berbeza dalam memberi ganjaran serta mewujudkan interaksi bersama pengguna setia mereka.

“Kami teruja dapat melawat kediaman pengguna setia produk Kimball buat kali pertama dan ia satu pengalaman berharga kerana dapat mengenali keluarga ini dengan lebih rapat.

“Selain itu, kami turut berbesar hati mencipta pengalaman unik serta bermakna bersama Cef Fikree dan meringanka­n beban mereka dalam penyediaan rumah terbuka,” katanya. Yang turut hadir ialah Cef Fikree Aznan.

Maklumat lanjut, layari laman web http://www.kimball.com.my/ atau kunjungi laman Facebook (Fb)http://www.facebook.com/kimballmal­aysia/.

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN/BH] ?? Mariah (berdiri kanan) dan suami, Shaharudin Shamsudin bersama cef Fikree (duduk lima dari kanan) dan tetamu pada program Jamuan Raya Kimball bersama Chef Fikree di Kampung
Tengah A, Puchong, semalam.
[FOTO OWEE AH CHUN/BH] Mariah (berdiri kanan) dan suami, Shaharudin Shamsudin bersama cef Fikree (duduk lima dari kanan) dan tetamu pada program Jamuan Raya Kimball bersama Chef Fikree di Kampung Tengah A, Puchong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia