Berita Harian

Sasar pelaburan RM12.6B dalam tempoh 3 tahun

-

Kuala Lumpur: Pemaju hartanah Agile Group sasarkan penambahan pelaburan sehingga RM12.6 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang daripada RM3.4 bilion pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Agile Malaysia, Chai Keng Wai, berkata sehingga ini, syarikat melabur sebanyak RM3.4 bilion untuk dua projek hartanah iaitu Agile Mont Kiara dan Agile Bukit Bintang, yang terletak di pusat bandar raya.

“Dalam tempoh terdekat, kami merancang melancarka­n projek di Pulau Pinang dan Selangor,” katanya selepas pelancaran projek Agile Bukit Bintang, di sini, semalam.

Pegangan bebas

Pelancaran galeri Agile Bukit Bintang itu adalah kesinambun­gan kepada kejayaan syarikat menjual 90 peratus hartanah Agile Mont Kiara sebelum ini.

Agile Bukit Bintang adalah projek hartanah pegangan bebas di tapak seluas 1.5 hektar membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM2.2 bilion.

Keng Wai berkata Agile Bukit Bintang adalah usaha sama kukuh antara Agile Group dan Tropicana Corporatio­n Bhd.

“Usaha sama dengan Tropicana dari China adalah perkongsia­n yang hebat dan kini kami membawa satu lagi projek untuk pembeli,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 300 unit hartanah di Agile Bukit Bintang dihasilkan dalam tempoh tiga minggu selepas mendapat Permit Pengiklana­n dan Lesen Pemaju yang mana 50 peratus daripadany­a dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia