Berita Harian

Karya seni erat hubungan KL, Beijing

Pameran babit 12 pelukis dua negara perkukuh kerjasama

- Oleh Haryani Ngah

Seni itu ibarat bahasa yang menghubung­kan negara bukan hanya kanvas yang diwarnakan dengan penuh keindahan tetapi ia membawa pelbagai

pengertian di sebaliknya.

Bagi menghargai nilai seni dan budaya antara Malaysia dan China, satu Pameran Galeri Seni Gabungan Malaysia-china bertemakan The Belt and Road - Dream Of Nanyang 2018 diadakan di Galeri Ken, Taman Tun Dr Ismail selama tiga hari.

Pameran hasil inisiatif Guangxi Beibu Gulf Internatio­nal Port Group dan Guangxi Shenglong Metallurgu­cical Co Ltd itu percuma dan terbuka kepada o rang awam dari Jumaat dan berakhir hari ini.

Majlis pelancaran berlangsun­g Jumaat lalu dihadiri Pengarah Pejabat Kebudayaan, Kedutaan Republik China di Malaysia, Zhang Jie Xin dan Timbalan Presiden Persatuan Seni dan Kebudayaan Malaysia-china, Datuk Seri Chuah PK.

Alliance Steel Sdn Bhd dan Guangsi Federation of Literature and Art Circles adalah tuan rumah untuk majlis yang dianjurkan Beibu Gulf Holding (Malaysia) Sdn Bhd dan Guangxi Artist Associatio­n.

Sementara Persatuan Seni dan Budaya Malaysia-china dan China Constructi­on Bank (Malaysia) adalah penganjur bersama.

Dengan penganjura­n pameran itu, ia diharapkan dapat membawa kepercayaa­n bersama dan kerjasama ekonomi seperti pertukaran bersama seni dan budaya.

Sebagai tanda penyatuan itu, pameran ini mempamerka­n hasil seni gabungan dua negara membabitka­n 12 pelukis terkenal dari Malaysia, Lijiang Painting School, Guangzi dan Lingnan Painting School, Guandong.

Pamer lebih 100 karya seni

Pengunjung berpeluang melihat lebih 100 karya seni yang menampilka­n pelbagai tema di samping belajar pelbagai elemen berbeza dalam ciptaan tetapi mengikut cita rasa masyarakat, pelajaran kehidupan dan emosi yang tersemat di sebalik karya itu.

Pelukis sebelum itu dibawa melawat beberapa lokasi termasuk Taman Perindustr­ian Kuantan Malaysia-china dan pelabuhan Kuantan untuk membuat kajian dan pemerhatia­n.

Dari situ pelukis berbakat menghasilk­an lebih 30 karya dan setiap hasil seni menggabung­kan seni halus selain elemen perindustr­ian yang mengagumka­n.

Gabungan teknik lukisan tradisiona­l China, menjadikan hasil kerja yang menggambar­kan suasana keunikan bangunan di Malaysia. Ia sekali gus menggambar­kan integrasi kebudayaan keduadua negara.

Matlamat untuk menyatukan dunia menerusi seni bukan impian mustahil. Sebaliknya, penganjur ‘The Belt and Road - Dreams of Nanyang’ percaya acara ini akan berkembang kepada dialog akademik yang menjadi platform untuk menghubung­kan penggiat seni.

Dengan penerokaan, hubungan dan pertukaran akan menjadikan jalinan antara Malaysia dan China itu sebagai tanda kisah Belt and Road yang tidak terungkap.

 ??  ?? Zhang (tujuh dari kiri) dan Chuah (lapan dari kiri) bersama jemputan lain pada pelancaran pameran lukisan China-malaysia Arts Gallery Interflow Exhibition 2018
Zhang (tujuh dari kiri) dan Chuah (lapan dari kiri) bersama jemputan lain pada pelancaran pameran lukisan China-malaysia Arts Gallery Interflow Exhibition 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia