Berita Harian

Budak dua tahun mati dalam besen

-

Jertih: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui mati dalam besen di bilik air di rumah keluargany­a di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, dekat sini, semalam.

Kejadian jam 10 pagi ketika mangsa, Mohd Harif Iskandar Rosli, dikatakan masuk ke bilik mandi dan cuba mengambil gelas yang tiba-tiba terjatuh ke dalam besen.

Kakaknya, Nor Ayani Rosli, 9, yang menyedari kehilangan adiknya masuk ke bilik air dan ternampak adiknya tersembam di dalam besen berisi air.

Bapa kanak-kanak itu, Rosli Johari, 37, berkata ketika ditemui anaknya sudah tidak bernyawa dan dikejarkan ke Hospital Besut.

Bagaimanap­un, pihak hospital mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia.

Mati mengejut

Katanya, isterinya, Norhanan Mat Yasin, 27, ketika kejadian sedang membancuh susu untuk arwah, tetapi tidak sempat diberikann­ya.

Jenazah selamat dikebumika­n di tanah perkuburan Islam Kampung Padang Bual, selepas solat Asar petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Katanya, pihak polis mengklasif­ikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Polis klasifikas­ikan kejadian sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah” Mohd Zamri Mohd Rowi, Ketua Polis Daerah Besut

 ?? [FOTO MOHAMAD ISHAK/BH] ?? Mohd Harif Iskandar ditemui tersembam dalam besen di bilik air rumah keluargany­a di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, semalam
[FOTO MOHAMAD ISHAK/BH] Mohd Harif Iskandar ditemui tersembam dalam besen di bilik air rumah keluargany­a di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, semalam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia