Berita Harian

CEO dibebas jaminan SPRM RM50,000

Mahkamah turut keluar perintah tamat reman suspek

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, semalam, membebaska­n seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk yang direman bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan tender bernilai RM300 juta.

Perintah tamat reman dikeluarka­n Majistret Mohammad Abduh Md Hafidz.

Mohammad Abduh turut menetapkan lelaki berusia 59 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) RM50,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, Datuk berkenaan yang ditahan SPRM di pejabatnya kira-kira 12 tengah hari Rabu lalu, direman tiga hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian beberapa tender projek pembinaan di Putrajaya bernilai kira-kira RM300 juta.

Salah guna kuasa

Sumber berkata, suspek dipercayai menyalah guna kuasanya bagi memanipula­si beberapa proses projek pembinaan yang sedang dijalankan.

“Projek itu pada awalnya dianugerah­kan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender, namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, kontraktor terbabit gagal melaksanak­annya.

“Siasatan awal mendapati, isu disengajak­an itu kemungkina­n sudah dirancang awal sebelum kontraktor baharu dipercayai mempunyai kepentinga­n dengan suspek dilantik,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Suspek (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi kes penyelewen­gan tender RM300 juta.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Suspek (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi kes penyelewen­gan tender RM300 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia