Berita Harian

Gunung Bromo puncak tercantik

Lokasi wajib pelancong mahu nikmati keindahan pemandanga­n mata hari naik di Surabaya

-

jam 5.45 hingga 6.30 pagi.

Bagi Roszana Othman, berkesempa­tan ke gunung yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, bersama suaminya, Hary Winarko atau Koko dan anaknya, Citra Yulia (Cici), baru-baru ini, menyaksika­n pemandanga­n begitu menakjubka­n.

“Mereka memandu meredah kepekatan malam seawal jam 12.30 pagi di dalam cuaca sejuk sekitar 9 Celsius.

“Hampir tiga jam perjalanan meredah kampung tradisiona­l sebelum sampai di kawasan padang pasir luas dan berbukit.

“Perjalanan diteruskan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda selama sejam untuk sampai ke puncak Penanjakan, pada ketinggian 2,780 meter. Bagi mereka yang datang bersendiri­an boleh menunggang kuda yang disewa,” katanya.

Keindahan luar biasa

Roszana berkata, masa yang ditunggu akhirnya tiba, pada waktu matahari terbit pemandanga­nnya sangat luar biasa.

“Di celah Gunung Semeru, kelihatan matahari bersinar terang naik ke atas langit. Tergamam seketika dengan kejadian ciptaan Allah SWT. Saya dan Cici tidak melepaskan peluang merakam foto kenangan.

“Pemandanga­n itu tidak lama, hanya sekitar sejam sebelum hilang. Suasana di puncak Penanjakan menjadi terang-benderang,” katanya yang kemudian turun ke kaki gunung dalam cuaca dingin.

Ketika itu Roszana berkata, perut mula memberi isyarat untuk diisi, mereka menikmati bakso tradisiona­l di situ sebagai alas perut.

“Hajat hati hendak melihat kawah Gunung Bromo, terletak kira-kira 1.5 kilometer dari tempat letak kereta, namun sudah keletihan kami memutuskan untuk balik ke Surabaya,” katanya.

Dalam perjalanan, mereka melalui padang rumput (savanah) yang luas. Tempat ini juga disebut Bukit Teletubies Gunung Bromo dan dikeliling­i deretan bukit-bukau.

Melintasi ladang strawberi

“Kami sempat mengambil gambar sebelum menyambung perjalanan,” katanya.

Dalam perjalanan ke Surabaya, terdapat ladang strawberi, pelancong berpeluang memetik sendiri dari tangkai.

Buah strawberi di Gunung Bromo berbeza daripada yang terdapat di daerah lain, bukan sahaja bersaiz besar, rasanya lebih manis dan warna juga merah menyala.

 ??  ?? Puncak Bromo janjikan pemandanga­n memukau. Foto Roszana Othman
Puncak Bromo janjikan pemandanga­n memukau. Foto Roszana Othman
 ??  ??
 ??  ?? Perjalanan ke puncak begitu mencabar.
Perjalanan ke puncak begitu mencabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia