Berita Harian

Pencarian masuk hari ketujuh

Pakar asing termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Australia, China dan Jepun menyertai 1,000 penyelamat Thailand giat cari 13 remaja dan jurulatih bola sepak yang terperangk­ap dalam gua.

- Mae Sai

Usaha menyelamat 12 remaja lelaki yang terperangk­ap dalam sebuah gua dinaiki air diteruskan masuk hari ketujuh di Thailand semalam dengan pasukan menyelamat melakukan latihan membawa mereka keluar dan memberi bantuan perubatan.

Pasukan penyelamat masih belum dapat berhubung dengan remaja terbabit yang berusia 11 hingga 16 tahun termasuk jurulatih mereka yang memasuki gua itu Selasa minggu lalu dan tidak dapat keluar kerana laluan masuk dihalang air.

Hujan lebat sejak seminggu lalu memberi halangan besar mencari dan mengesan remaja terbabit serta jurulatih mereka yang berusia 25 tahun.

Sebagai persediaan menyelamat­kan mereka, pasukan perubatan mengadakan latihan termasuk bagaimana membawa mangsa keluar dari gua Tham Luang sebaik remaja itu ditemui. Ambulans dan helikopter turut serta dalam latihan itu di tempat kejadian di utara wilayah Chiang Rai.

“Ia bertujuan menyediaka­n sistem membantu kami membawa mereka ke hospital,” kata Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osottanako­rn. Tumpuan juga diberi terhadap peluang remaja dan jurulatih selamat tanpa makanan atau cahaya dalam gua itu.

Hidup sehingga sebulan setengah

Pakar memberi amaran, air dari ladang berhampira­n mungkin membahayak­an mangsa kerana dikhuatiri mengandung­i bahan kimia atau bakteria.

“Jika mereka minum air dalam gua dan jatuh sakit, ia mungkin memburukka­n masalah tetapi jika mereka tidak minum ia juga memberi kesan buruk,” kata Penyelaras Suruhanjay­a Penyelamat Gua Kebangsaan Amerika Syarikat, Anmar Mirza.

Namun, tanpa makanan sekalipun, remaja terbabit boleh terus hidup sehingga sebulan setengah lagi dan ianya terpulang kepada ketahanan masing-masing.

“Masalah utama mereka mungkin dari segi psikologi kerana tidak tahu bila akan diselamatk­an,” kata Mirza lagi. Penyelam tentera laut Thailand meninjau satu laluan ke dalam gua itu.

Penyelam tentera Thailand kemudian memeriksa laluan masuk ke gua itu dan mendapati arus deras air merumitkan operasi mencari dan menyelamat dengan keadaan masih tidak memihak kepada usaha menyelamat.

“Setiap kali paras air turun, anggota penyelam segera memasuki gua itu,” kata tentera laut Thai di laman Facebook.

Beberapa pasukan melakukan tinjauan di kawasan hutan di atas gua berkenaan bagi mencari laluan masuk lain untuk menyelamat­kan remaja itu.

Mereka menemui satu laluan yang berpotensi menjadi jalan ke ruang dalam gua tetapi belum dapat dipastikan lagi, kata Narongsak.

 ??  ??
 ??  ?? Pasukan Perubatan Thailand mengadakan latihan membawa mangsa keluar (gambar kiri), manakala gambar kanan, pintu masuk gua Tham Luang Nang non di Wilayah Chiang Rai.
Pasukan Perubatan Thailand mengadakan latihan membawa mangsa keluar (gambar kiri), manakala gambar kanan, pintu masuk gua Tham Luang Nang non di Wilayah Chiang Rai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia