Berita Harian

Anak kapal hadapi risiko tinggi hidap kanser

Paling lazim barah payu dara di kalangan wanita manakala kulit untuk lelaki

-

Kru penerbanga­n mempunyai kadar risiko tinggi mendapat beberapa penyakit kanser, menurut kajian terhadap lebih 5,000 petugas penerbanga­n di Amerika Syarikat (AS).

Seorang penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam TH Chan Harvard dan penulis bersama kajian diterbitka­n jurnal Enviroment­al Health, Irina Mordukhovi­ch melaporkan kelaziman tinggi mendapat kanser payu dara, melanoma dan bukan melanoma kulit di kalangan kru penerbanga­n berbanding orang biasa.

“Ini mengejutka­n oleh kerana kadar rendah golongan berat berlebihan dan merokok dalam kumpulan pekerjaan ini,” katanya.

Lebih 15 peratus daripada 5,366 anak kapal yang mengambil bahagian dalam kajian, dilaporkan pernah didiagnos kanser.

Kajian itu juga mendapati kelaziman tinggi kanser di kalangan anak kapal untuk setiap jenis kanser termasuk mengambil kira usia.

Kira-kira 3.4 peratus atendan penerbanga­n wanita mendapat kanser payu dara, berbanding 2.3 peratus orang biasa.

Kanser serviks

Kadar peratus mendapat kanser untuk kru penerbanga­n adalah 0.15 peratus berbanding 0.13 peratus untuk kanser rahim; 1.0 peratus berbanding 0.7 peratus untuk kanser serviks; 0.47 peratus berbanding 0.27 peratus untuk kanser perut atau usus serta 0.67 peratus berbanding 0.56 peratus untuk kanser tiroid.

Menurut Mordukhovi­ch, risiko kanser payu dara lebih tinggi di kalangan wanita yang tidak memiliki anak serta mereka yang memiliki tiga anak atau lebih.

“Kajian kami mengulangi penemuan terbaharu bahawa bekerja sebagai anak kapal ada kaitan dengan kanser payu dara secara eksklusif di kalangan wanita dengan tiga atau lebih anak,” katanya.

Katanya, ini berikutan faktor kurang tidur dan jadual waktu kerja tidak menentu di rumah dan di tempat kerja.

Kru penerbanga­n lelaki didapati lebih terdedah kepada kanser kulit melanoma dan bukan melanoma lebih tinggi iaitu 1.2 peratus dan 3.2 peratus berbanding orang dewasa secara keseluruha­nnya.

Ini benar terutama bagi anak kapal yang bekerja sebelum merokok dalam pesawat diharamkan di Amerika Syarikat pada 1998.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia