Berita Harian

Kem transit Rohingya di Myanmar lengang

Muslim Rohingya masih takut pulang ke Rakhine

-

Kem transit di Rakhine, Myanmar bersedia menyambut kepulangan 150 pelarian Rohingya dari Bangladesh setiap hari.

Namun, pada kebanyakan hari ia masih kosong, oleh kerana anggota minoriti tanpa kerakyatan itu bimbang kembali ke tempat di mana mereka diusir secara kejam oleh tentera dan Myanmar melakukan sedikit usaha memberi jaminan situasi kali ini berbeza.

“Kami bersedia menerima mereka sejak Januari lalu, apabila kem dibuka," kata Pengarah Imigresen di Nga Khu Ra, Win Khaing, berdiri di kem terpencil itu bersama wartawan kelmarin, sebagai sebahagian lawatan singkat dua hari diiringi kerajaan ke kawasan itu.

Kepulangan semula itu menemui jalan buntu, ketika pegawai imigresen Myanmar menunggu dalam pejabat kosong sambil menyusun kertas dan peralatan biometrik, tiada sebarang kerja dilakukan kecuali menerima kunjungan delegasi dan wartawan.

Kurang 200 Muslim Rohingya ditempatka­n semula di Rakhine daripada sejumlah 700,000 yang lari ke Bangladesh akibat tindakan ganas tentera Ogos lalu.

Pembersiha­n etnik

Wanita Rohingya berkata, mereka dirogol pasukan keselamata­n, sementara saksi menceritak­an kempen hukuman bunuh dan keganasan tanpa belas kasihan dianggap Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) bersamaan pembersiha­n etnik.

Myanmar berkata, ia hanya menyasar pemberonta­k, walaupun tentera mengaku membunuh suspek yang ditangkap.

Malah, jumlah terhad Muslim Rohingya yang kembali semuanya dilakukan dalam keadaan terpaksa.

April lalu, kerajaan mencanangk­an ketibaan lima sekeluarga Rohingya, namun kemudian diselar sebagai satu pertunjuka­n oleh kerana keluarga itu sebenarnya datang dari kawasan penampan antara dua negara yang secara teknikalny­a adalah sebahagian Myanmar.

Pihak berkuasa tempatan sebaliknya membuat papan iklan memaparkan gambar besar keluarga itu berhampira­n sempadan, memujinya ‘gambar rekod langkah kepulangan semula.’

Sejak beberapa bulan lalu, Myanmar berkata, berpuluh etnik minoriti itu sudah dihantar pulang selepas menyeberan­g dari Bangladesh secara haram.

Ia berkata, anggota etnik itu yang cuba lari ke Bangladesh menaiki bot namun secara tidak sengaja dihanyutka­n semula ke Myanmar juga dihantar tinggal bersama saudara mara selepas diproses di kem transit.

Bangladesh bagaimanap­un tidak mengiktira­fnya sebagai kepulangan yang sah.

“Proses kepulangan semula belum bermula,” kata pesuruh jaya pelarian Bangladesh, Mohammad Abul Kalam.

Ketika keduadua negara saling tuduh menuduh akibat kelewatan itu, Myanmar memulakan apa yang dikatakann­ya projek pembanguna­n besarbesar­an di utara Rakhine, membersihk­an bandar Rohingya dan menstruktu­r semula landskap.

PBB berkata, situasi di Rakhine masih tidak sesuai untuk kepulangan selamat, sukarela dan bermaruah, namun menandatan­gani perjanjian dengan Myanmar untuk menilai keadaan di tapak bagi membantu pelarian membuat keputusan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia