Berita Harian

Gencatan Aidilfitri di Afghanista­n tamat

-

Kabul: Pasukan keselamata­n Afghanista­n menyambung semula operasi mulai semalam terhadap pergerakan Taliban selepas Presiden Ashraf Ghani mengisytih­arkan gencatan senjata kerajaan terhadap kumpulan itu sudah tamat.

Pemimpin itu menyifatka­n ia berjaya ‘98 peratus’ selepas gencatan senjata itu berlangsun­g selama 18 hari selepas dilanjutka­n sebanyak sekali selepas Taliban memututusk­an untuk turut sama meletak senjata selama tiga hari sempena hari raya Aidilfitri.

“Gencatan senjata sudah tamat. Anggota keselamata­n dan pertahanan Afghanista­n sudah dibenarkan menyambung semula operasi ketenteraa­n,” kata Ghani kepada wartawan.

Terhentiny­a pertempura­n selama tiga hari itu dipercayai sebagai tidak dijangka sejak konflik berlangsun­g 17 tahun di negara itu serta disambut dengan gembira di seluruh negara berkenaan yang disifatkan semakin jemu dengan perang.

Keadaan ini disaksikan dengan anggota keselamata­n dan militan Taliban saling berpelukan dan mengambil swafoto.

Disambut baik orang awam

Malah, ia juga disambut baik di kalangan orang awam yang selama ini menderita kesan perang dan menyuaraka­n harapan supaya rundingan damai baharu diadakan.

Ghani berkata, gencatan senjata itu menunjukka­n majoriti anggota militan sebenarnya mahukan keamanan dan tiba giliran taliban untuk memberi maklum balas positif.

“Saya bersedia melanjutka­n tempoh gencatan senjata itu bilabila masa apabila puak Taliban sudah bersetuju,” katanya dalam sidang akhbar.

Bagaimanap­un, pemimpin Taliban mengarahka­n anggotanya kembali menjaga kedudukan masingmasi­ng selepas tidak gembira melihat ahlinya berinterak­si secara terbuka dengan pasukan keselamata­n dan orang awam sempena Aidilfitri.

Selasa lalu, kumpulan itu berikrar sekali lagi untuk meneruskan kempen ke atas kerajaan dan penyokongn­ya dari luar meskipun pertumpaha­n darah baru boleh berlaku.

Beratusrat­us orang hilang tempat tinggal dengan ada yang berharap perjanjian damai dapat diselesaik­an sebelum ini

Sebarang keganasan tidak mungkin dapat membawa kepada rundingan damai dengan Taliban ketika puak itu enggan meletak senjata sehinggala­h tiada lagi tentera asing berundur.

Gencatan senjata itu tidak membabitka­n Daesh kerana kumpulan itu melancarka­n dua serangan pada hari raya Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia