Berita Harian

Pyongyang tingkat pengayaan uranium

-

Washington: Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) percaya Korea Utara meningkatk­an pengeluara­n bahan api senjata nuklear di pelbagai tapak rahsianya sejak beberapa bulan lalu dan mungkin cuba menyembuny­ikannya ketika melakukan rundingan nuklear dengan Washington, lapor NBC News.

Dalam laporan kelmarin, saluran berkenaan menyifatka­n pendedahan itu sebagai penilaian perisikan terbaharu AS bagi membalas sentimen disuarakan Presiden Donald Trump yang menulis tweet selepas sidang kemuncak 12 Jun lalu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jongun bahawa ‘tiada lagi ancaman nuklear dari Korea Utara.’

NBC memetik lima pegawai AS tidak dikenali sebagai berkata, sejak beberapa bulan lalu, Korea Utara meningkatk­an pengeluara­n pengayaan uranium untuk senjata nuklear, walaupun ia ter babit dalam rundingan diplomasi dengan AS.

Rangkaian itu memetik pegawai AS sebagai berkata, penilaian perisikan merumuskan, Korea Utara memiliki lebih daripada satu tapak nuklear rahsia sebagai tambahan kepada kemudahan pengeluara­n bahan api nuklear diketahui di Yongbyon.

“Ada bukti jelas mereka cuba menipu AS,” NBC memetik seorang pegawai sebagai berkata.

Agensi Perisikan Pusat (CIA) enggan mengulas laporan NBC itu. Jabatan Negara berkata, ia tidak dapat mengesahka­nnya dan enggan mengulas isu berkaitan perisikan manakala Rumah Putih juga enggan memberi komen.

Laporan NBC meningkatk­an persoalan lanjut berhubung kesediaan Korea Utara memasuki rundingan serius berhubung melepaskan program senjata yang kini memberi ancaman kepada AS, walaupun Trump yakin dengan hasil pertemuan itu.

NBC memetik seorang pegawai kanan AS sebagai berkata, keputusan Korea Utara sebelum sidang kemuncak untuk menggantun­g ujian nuklear dan peluru berpandu tidak dijangka dan hakikat bahawa keduadua pihak berbincang adalah satu langkah positif.

 ??  ?? Korea Utara memiliki lebih daripada satu tapak nuklear rahsia sebagai tambahan kepada kemudahan pengeluara­n bahan api nuklear diketahui di Yongbyon.
Korea Utara memiliki lebih daripada satu tapak nuklear rahsia sebagai tambahan kepada kemudahan pengeluara­n bahan api nuklear diketahui di Yongbyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia