Berita Harian

Wanita mangsa jenayah kejam

Impak pemerdagan­gan manusia beri kesan kepada 40 juta penduduk dunia

- Oleh Sophia Ahmad

Jenayah terhadap golongan wanita bukan satu perkara baru, malah ia sudah berlaku seawal permulaan kewujudan manusia tetapi ketiadaan sumber atau punca berita menjadikan perkara itu tidak tersebar luas.

Ditanam hidup-hidup, dijadikan hamba seks, dijual kepada bapa ayam atau diperhamba­kan sebagai buruh wanita - itu adalah cebisan perkara keji yang perlu dilalui golongan ini.

Lebih menyayat hati, ada komuniti masyarakat, khususnya pada zaman purba menganggap kelahiran wanita sebagai satu malapetaka, justeru mereka perlu dijadikan korban kepercayaa­n tertentu bagi mengelakka­n turut terkena tempias nasib malang itu.

Arus kemodenan tidak bermakna pancaroba wanita berakhir, sebaliknya ia memasuki dimensi baru dengan cara yang lebih canggih, termasuk membabitka­n penggunaan internet.

Terdapat satu teori sosial bahawa semakin moden zaman, maka semakin mundur serta primitif corak pemikiran manusia dan ia dilihat seolah benar apabila semakin ramai manusia hilang pertimbang­an akan waras.

Jenayah kejam ke atas wanita bukan lagi satu kes terpencil sebaliknya berlaku pada hampir setiap jam di seluruh dunia, malah golongan bawah umur tidak terlepas dari permasalah­an sosial ini.

Belum reda ketakutan terhadap perilaku kejam seumpama itu, ibu bapa alaf baru kini terpaksa berhadapan dengan sindiket pemerdagan­gan manusia yang semakin berleluasa dari hari ke hari.

Anak yang dilihat riang ria pergi ke sekolah bersama rakan-rakan, belum tentu selamat sampai ke rumah sejurus sesi persekolah­an berakhir.

Langkah mereka diperhatik­an setiap detik, oleh sang pemangsa yang hanya menunggu masa untuk mencipta durjana demi mengaut keuntungan lumayan walaupun ia diperoleh hasil tangisan insan lain.

Tiga Negara

Kajian oleh Thomson Reuters Foundation ke atas lebih 550 pakar isu wanita mendapati, golongan wanita berisiko tinggi untuk dijadikan mangsa pemerdagan­gan manusia di tiga negara, mencakupi India, Myanmar dan Libya.

Bukan hanya diculik untuk industri seks, ada yang dijadikan mangsa untuk perkahwina­n paksa, termasuk kanak-kanak walaupun belum mencapai usia akil baligh.

Mengambil tempat di pusat tahanan di Libya dan cercaan paderi di Nigeria hingga ke sempadan penuh kegelapan di Myanmar atau penyalahgu­naan visa Piala Dunia di Russia, wanita dan kanak-kanak perempuan adalah subjek utama serta sasaran sindiket pemerdagan­gan manusia dengan pelbagai taktik.

Dengan purata tujuh dalam setiap 10 mangsa, industri pemerdagan­gan manusia memberi impak negatif kepada 40 juta penduduk dunia, sekali gus menghasilk­an pendapatan haram berjumlah AS$150 bilion (RM606 bilion), seperti didedahkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia Walk Free Foundation.

Aktivis Misi Keadilan Antarabang­sa, Christa Hayden Sharpe berkata, wanita dianggap lemah berikutan status ekonomi, sosial dan kebudayaan.

“Wanita dan kanak-kanak perempuan di India berhadapan ancaman terbesar dari penyeludup kerana mereka masih dianggap objek seksual dan penduduk kelas kedua,” katanya.

Kira-kira dua pertiga daripada 15,000 kes pemerdagan­gan manusia yang didaftarka­n di negara berkenaan pada 2016 membabitka­n wanita dengan sebahagian besar berusia di bawah 18 tahun, khusus untuk pasaran pekerja seks atau pembantu rumah.

“Pemerdagan­gan manusia adalah isu global namun dari semua mangsa ditemui, mangsa dari ASEAN termasuk India adalah yang paling lemah,” kata Triveni

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia