Berita Harian

Anak perempuan Jennifer Lopez bakal hasil buku

-

New York: Anak perempuan Jennifer Lopez, mewarisi semangat keusahawan­an dan kreativiti ibunya.

Penyanyi berusia 48 tahun itu berkongsi video menarik dirinya dan anak perempuann­ya, Emme Maribel di Instagram Story barubaru ini, di mana beliau dan anaknya berusia 10 tahun itu dilihat menaiki kenderaan bersama untuk satu mesyuarat penting.

“Ia hari yang sangat istimewa. Saya dan Emme mengadakan mesyuarat pertama bersama penerbit buku untuk idea menerbitka­n buku dihasilkan Emme. Kami sangat teruja dengan mengadakan tiga mesyuarat hari ini,” kata Lopez kepada peminatnya.

Keterangan gambar dalam video itu: ‘Mesyuarat pertama Emme.’

Penyanyi Dinero itu juga berkongsi gambar anak perempuann­ya memegang penjilid bersama bukunya bertajuk Lord Help Me!

Lopez menambah tanda pagar #lordhelpme dan pelakon drama

The Shades of Blue itu berkongsi gambar Emme dan saudara kembar lelakinya, Maximilian David, anaknya bersama bekas suami, pe nyanyi Marc Anthony.

Keduaduany­a berpisah pada 2014 dan walaupun tidak tinggal sebumbung, mereka masih menyokong antara satu sama lain dan juga kepada anak mereka.

Hadiri majlis tarian

Lopez dan teman lelakinya, Alex Rodriguez menghadiri majlis tarian Emme pada awal bulan ini. Trio itu turut disertai dua anak Max dan Rodriguez iaitu Ella Alexander, 10, dan Natasha Alexander, 13.

Ibu yang merasa bangga itu merakam malam istimewa menerusi Instagram Stories, membantu menyolekka­n tiga anak gadis berkenaan.

‘Jurusolek artis bidan terjun!’, tulis penyanyi itu.

Rodriguez turut berkongsi video kereta yang dipandu ke majlis itu, menampilka­n Lopez meniru nyanyian lagu klasik Rick Springfiel­d, Jessie’s Girl, sementara Max membuat muka lucu.

Lopez berkata, kehidupan beliau kini amat menakjubka­n, selain anakanak dan kerjaya, beliau tidak memerlukan apaapa lagi.

 ??  ?? Foto dikongsi Lopez di laman Instagram yang memaparkan aktiviti seni anaknya.
Foto dikongsi Lopez di laman Instagram yang memaparkan aktiviti seni anaknya.
 ?? [ FOTO AGENSI ] ??
[ FOTO AGENSI ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia