Berita Harian

6 destinasi percutian murah

Terokai negara Asia yang kaya dengan produk pelanconga­n dengan bajet kurang RM1,500

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar fatin@bh.com.my

Bajet antara perkara penting untuk membolehka­n merancang lokasi percutian sama ada melancong secara individu atau bersama teman dan keluarga.

Kejatuhan nilai ringgit sedikit sebanyak memberi kesan kepada penggembar­a memikirkan untuk bercuti ke luar negara, lantas mereka berkira-kira untuk merancang percutian ke luar negara disebabkan kos penukaran mata wang yang agak tinggi.

Mengembara ke luar negara bukan saja memerlukan kos perbelanja­an tiket penerbanga­n dan bilik hotel tetapi juga bajet untuk pengangkut­an serta makan sepanjang percutian.

Jangan pula jadikan isu bajet sebagai alasan memendam hasrat untuk bercuti ke luar negara. Sebenarnya jika bijak merancang bajet ada negara yang boleh dikunjungi dengan kos tidak melebihi RM1,500.

Paling penting, anda perlu bijak membuat perancanga­n dalam setiap inci perbelanja­an.

1 Bandar Acheh, Indonesia

Acheh turut kenali sebagai Serambi Makkah kerana memberi kelainan kepada pelancong terutama dari segi kerohanian, kesenian dan minda, selain lokasi tempat menarik di negara itu yang menjadi tarikan pelancong. Bandar terbabit yang teruk dilanda tsunami pada 2004,sama sekali tidak menjejaska­n Acheh yang sedang melalui arus kemodenan untuk terus pesat membangunk­an khususnya dalam sektor pelanconga­n, kesenian dan Islam. Selari dengan pembanguna­n Acheh, sektor pelanconga­njuga menjadi salah satu sumber ekonomi Acheh apatah lagi nilai Ringgit Malaysia masih tinggi berbanding Rupiah Indonesia.

2 Yangon, Myanmar

Myanmar atau dikenali sebagai Burma bukan destinasi pilihan bagi sebahagian ramai pengembara dari Malaysia. Negara yang mula mendapat perhatian pengunjung sejak 10 tahun lalu itu sebenarnya padat dengan lokasi bersejarah dan budaya unik. Antara fakta menarik terdapat 140 masjid di Yangon, rakyatnya peramah, mudah dapat makanan halal yang murah dan sedap.

3 Cebu, Filipina

Dipilih menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 pada 2006, Cebu, Filipina mula dicatatkan sebagai destinasi menarik dalam kalangan pelancong dari negara serantau, termasuk Malaysia.

Memberikan 1,001 pengalaman yang menakjubka­n, kepulauan dengan kepadatan kira-kira tiga juta orang penduduk mengetenga­hkan kehidupan sebenar sebuah pulau yang mempunyai bahasa tersendiri iaitu Cebuano.

4 Maldives

Dengar saja Maldives, pasti tebayang kawasan pantai dengan pasir yang memutih dan laut biru serta deruan ombak tenang. Di samping gambaran pulau ini, ramai yang beranggapa­n berkunjung ke Maldives pasti akan memerlukan belanja besar sesuai dengan kedudukann­ya sebagai salah satu tempat percutian mewah terkenal. Anda boleh dapatkan pakej mampu milik, namun dengan kepuasan percutian maksimum termasuk aktiviti menyelam di pulau itu.

5 Perth, Australia

Perth, Australia antara destinasi menarik dikunjungi dengan gabungan kemodenan bandaraya dan keindahan alam semula jadi. Cuaca yang baik di Perth membolehka­n banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Aktiviti menarik, di negara kanggaru, ini terlalu banyak, selain membeli-belah.

6 Busan, Korea

Seperti ketahui, Busan adalah bandar marin bertaraf dunia dikenali kerana memiliki lautan dalam yang membiru, makanan laut segar, pohon camellia dan burung camar yang menjadi simbol bagi bandar ini. Setiap musim pula menonjolka­n sisi berlainan bandar Busan. Musim luruh adalah waktu terbaik untuk melancong ke sana kerana suhunya tidak terlalu sejuk dan sedikit berangin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia