Berita Harian

Rumah tradisiona­l produk pelanconga­n musimraya

Kilauan lampu minyak tanah bangkit kemeriahan sepanjang Syawal

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Kemeriahan menyambut Syawal masih dirasai, unit kediaman masih dihiasi dengan limpahan lampu hiasan dan ada juga yang terus menghidupk­an lampu pelita menerangi rumah mereka.

Kilauan bunga api dan dentuman memeriahka­n lagi suasana raya, pastinya meninggalk­an pengalaman menyeronok­kan.

Pengalaman balik kampung, melihat deretan pelita bersusun sepanjang halaman rumah mungkin pemandanga­n biasa bagi masyarakat desa, tetapi tidak kepada pelancong kerana persekitar­an itu memberikan pengalaman terbaik buat mereka.

Panorama indah Aidilfitri ini boleh dinikmati apabila anda menyusuri beberapa kampung sekitar Klang hingga ke Teluk panglima garang.

Halamanrum­ah kampung terletak di Batu

10, Kebun Baru, Teluk Panglima garang, k langi ni dimiliki pasangan Russman Ta nuri ,60, dan si tirus n ani Ahmad, 50, kedua-duanya berasal dari Klang, Selangor. Peka rangan rumah mereka setiap tahun diterangi pelita minyak tanah.

Dianggarka­n 60 lampu tin dipasang menerangi persekitar­an kediaman bermula dari laluan masuk memandangk­an laman kediaman Russman luas.

Lima cucu berusia antara lima hingga 12 bermain bunga apa di pekarangan rumah berkenaan memeriahka­n lagi suasana.

“Tradisi seumpama ini perlu diteruskan kerana menjadi budaya masyarakat menyambut Aidilfitri. Alhamdulil­lah rumah pusaka ini masih utuh dan menjadi amalan kami menerangi halaman dengan cahaya pelita.

“Suasana sebegini hanya dirasai pada musim perayaan dan boleh menjana pendapatan bagi menarik pelancong datang ke Teluk Panglima Garang,” kata Russman.

Meriam memecah kesunyian

Dam! Dam! Dum! Bunyi meriam memecah keheningan­malam apabila melewati Kampung Simpang Tiga Loji, Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor, beberapa hari menjelang Syawal.

Sekiranya mahu melihat permainanm­eriam daripada batang kelapa atau batang paip, penduduk setempat menjadikan aktiviti itu sebagai rutin tahunan yang menjadi daya tarikan pengunjung luar.

Sidang kampung, Mohd Mizan Adenan, 49, berkata permainan meriam menjadi tradisi turun-temurun.

Walaupun bermain meriam, beliau berkata penduduk perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Namun, meriam yang popular di sini daripada jenis meriam cerucuk.

Katanya, panjang meriam sekitar 3.6 meter (m), larasnya dihalakan ke kawasan bendang. Memiliki diameter 25 sentimeter (cm), meriam cerucuk mengeluark­an bunyi dentuman kuat.

“Pengunjung disarankan menutup telinga kerana gegarannya mampu memecahkan cermin kereta yang diletakkan dalam radius 50 meter.

“Bukan saja anak muda berminat bermain meriam cerucuk, malah orang luar yang bertandang terutama pelancong dari Eropah dan Australia dari inap desa berhampira­n, teruja melihat kami bermain meriam. Mereka seronok mendengar bunyi dentuman yang kuat,” kata Mohd Mizan.

Kilauan lampu neon di Kampung Baru

Bagi mereka yang menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur, keseronoka­nnya masih dirasai, malah tetap meriah lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di sekitar Kampung

Baru, Kuala Lumpur.

Buktinya, keluarga yang menetap di sebuah rumah separuh papan dan batu di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, menyambut Syawal di Kuala Lumpur sejak mereka menetap di situ lebih 30 tahun lalu, begitu menyeronok­kan.

Bagi Ahmad Nazri Mohamed Fadhil, 46, dan isterinya, Zubaidah Md Taib,

51, menjadikan Kampung Baru sebagai destinasi wajib menyambut Aidilfitri sekalipun kedua-duanya bukan berasal dari Kuala Lumpur.

“Kamisukabe­raya di sini, persekitar­annya seperti di desa, bezanya, di kampung persekitar­an diterangi cahaya pelita minyak tanah, sebaliknya rumah kami diterangi kilauan neon dari Menara Berkembar PETRONAS. Secara tidak langsung, rumah kami menjadi produk pelanconga­n yang boleh dibanggaka­n,” kata Nazri.

 ?? Foto Zunnur Al-shafiq ?? Rumah kampung gamit kenangan manis di hari Lebaran. Penduduk Kampung Simpang Tiga Loji bermain meriam cerucuk pada malam hari raya. Kanak-kanak bermain bunga api di Teluk Panglima Garang pada sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.
Foto Zunnur Al-shafiq Rumah kampung gamit kenangan manis di hari Lebaran. Penduduk Kampung Simpang Tiga Loji bermain meriam cerucuk pada malam hari raya. Kanak-kanak bermain bunga api di Teluk Panglima Garang pada sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia