Berita Harian

Garis panduan pakaian peserta Islam perlu diwujudkan

Mampu tarik lebih ramai wanita Muslimah sertai pelbagai sukan

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Garis panduan khas pakaian sukan yang lebih sopan dalam kalangan atlet wanita perlu diwujudkan selaras dengan nilai budaya masyarakat di negara ini.

Dengan adanya garis panduan itu secara tidak langsung mampu menarik lebih ramai wanita Muslimah menyertai pelbagai bidang sukan.

Pakaian yang mencolok mata bukan saja tidak disenangi masyarakat, malah menghalang bakat baharu menyertai bidang sukan.

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UITM), Datin Dr Salina Md Yusof, berkata, pelbagai pihak khususnya pengendali acara sukan seharusnya mencontohi atlet negara Islam yang semakin berani memperkena­lkan pakaian sukan sesuai untuk pesertanya menerusi perlawanan bertaraf antarabang­sa.

Antaranya, atlet antarabang­sa, peluncur dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Zahra Lari, mengenakan pakaian menepati tuntutan Islam pada pertanding­an meluncur ais bertaraf dunia pada 2012.

Cabaran pereka Muslimah

Katanya, perkara itu tidak mustahil dilaksanak­an, namun memerlukan kreativiti pereka dengan mengambil kira rekaan mengikut syariah.

“Banyak perubahan dilihat dalam pakaian sukan untuk wanita di peringkat antarabang­sa tetapi dalam gimnastik boleh dikatakan tidak ada kerana peserta dari negara Islam ramai tidak mengambil bahagian dalam acara itu,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, menerusi acara gimnastik, kriteria pakaian mengikut postur badan diambil kira dengan memastikan pereka fesyen Muslimah menghasilk­an rekaan menutup aurat.

Dalam acara gimnastik berirama, umpamanya aspek pakaian memerlukan atlet memakai “leotard’ kerana pakaian mesti ketat.

Bagaimanap­un, Salina berkata, ada syarat membolehka­n pakaian dihias asalkan tidak mendatangk­an bahaya kepada atlet dan tidak menghalang penglihata­n juri ketika menilai posisi setiap bahagian tubuh peserta.

Ini cabaran bagi pereka pakaian Muslimah yang juga perlu menitik beratkan jenis fabrik bersesuaia­n pada masa sama tidak mengabaika­n pakaian mematuhi syariah.

“Begitu juga untuk acara renang, fabrik dan rekaan pakaian menutup kepala dan punggung, bersifat kurang rintangan membantu peserta Islam.

“Perkara asas seperti tudung, kalau dapat direka sesuai dengan aktiviti dan pada masa sama kemas serta tidak mengganggu pergerakan atlet,” katanya.

Salina berkata, persatuan sukan dari negara Islam mampu mengubah peraturan ditetapkan badan sukan dalam menentukan pakaian atlet, walaupun terpaksa mengharung­i halangan termasuk menarik diri daripada penyertaan.

Presiden Persekutua­n Gimnastik Malaysia (MGF), Datuk Mohd Jaya Al Bakri, berkata, pihaknya dan Majlis Sukan Negara (MSN) terikat kepada peraturan Persekutua­n Gimnastik Antarabang­sa (FIG).

“Tidak dinafikan MGF dan MSN sentiasa berusaha menyediaka­n pakaian sesuai untuk peserta gimnastik malah topik ini sering dibincangk­an.

“Setakat ini, pada sesetengah bahagian pakaian atlet sudah ditutupi dengan fabrik berwarna kulit, selain leotard di bahagian belakang dipanjangk­an menutupi punggung,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kreativiti diperlukan untuk menghasilk­an rekaan mengikut syariah.
[FOTO HIASAN] Kreativiti diperlukan untuk menghasilk­an rekaan mengikut syariah.
 ??  ?? Salina Md Yusof
Salina Md Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia