Berita Harian

Anak tempatan mampu hasil inovasi diiktiraf dunia

-

Kuala Lumpur: Kesungguha­n memperkena­lkan teknologi blockchain yang dianggap masih baharu di negara ini membulatka­n tekad usahawan, Datin Nur Ezdiani Baharoddin, 36, menceburi bidang perniagaan jarang dilakukan wanita.

Beliau yang juga pengasas bersama syarikat Fxbitlab Holdings Sdn Bhd, membuktika­n anak tempatan mampu menghasilk­an inovasi diiktiraf dunia sekali gus menandingi kehebatan pakar bidang sama di peringkat global.

Justeru, Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) memberi Nur Ezdiani Anugerah Tun Puteh sebagai inspirasi kepada wanita lain berjaya dalam bidang masing-masing, pada Mei lalu.

Katanya, teknologi blockchain berfungsi menjaga maklumat peribadi tidak daripada ditiru atau diubah.

Jika di negara maju sudah terkenal dengan blockchain sudah tiba masanya Malaysia mengambil peluang dengan perkembang­an teknologi itu untuk membawa kebaikan dalam pelbagai sektor.

Jaga maklumat peribadi

“Ramai tidak tahu teknologi ini sebenarnya adalah rekod atau lejar umum dikongsi oleh banyak pihak. Rekod itu hanya boleh diubah suai selepas mendapat persetujua­n majoriti pihak terbabit dalam sistem ini.

“Teknologi ini mengutamak­an ketelusan bagi setiap transaksi secara digital selain boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk sistem pembayaran, mata wang digital, penemuan saintifik dan sistem undian,” katanya kepada BH.

Kata Nur Ezdiani, teknologi itu mula diperkenal­kan di Indonesia pada 2013 menerusi gabungan dengan kerajaan negara itu dan diguna pakai pelbagai organisasi terkemuka antarabang­sa.

Walaupun hampir dua tahun diperkenal­kan banyak pihak masih skeptikal sama ada negara ini bersedia menerima inovasi itu.

“Ini sangat berguna kerana pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan boleh dinikmati di negara ini.

“Inovasi ini mampu beri manfaat kepada masyarakat dan seharusnya dibangunka­n dengan lebih sistematik dan memberi faedah kepada pengguna,” katanya.

Aplikasi diasaskan bersama suaminya, Datuk Muhd Azrainuddi­n Zainal dilihat sebagai perintis teknologi kewangan di negara ini.

“Syarikat ini menyasarka­n pembukaan 100 cawanganny­a di Malaysia menjelang 2020 untuk mengembang­kan operasi.

“Kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sedang dilakukan bagi meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n perlindung­an data peribadi dan pengurusan harian,” katanya.

Aplikasi ini juga dikategori­kan sebagai dompet digital (e-wallet) mampu mengurangk­an penggunaan wang tunai dan boleh ditambah nilai.

Teknologi blockchain berfungsi menjaga maklumat peribadi tidak daripada ditiru atau diubah” Nur Ezdiani Baharoddin, Pengasas bersama syarikat Fxbitlab Holdings Sdn Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia