Berita Harian

Tanggungja­wab anak jaga ibu bapa

-

Apakah hukum anak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua bagi menjaga kebajikan ibu bapa ketika mereka keluar bekerja.

Menjaga kebajikan ibu bapa adalah kewajipan terhadap anak dalam apa juga keadaan sekalipun. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “… Dan berbuat baiklah (ihsan) kepada ibu bapa…” (Al-nisa’: 36) Dalil itu sangat jelas menunjukka­n pentingnya tanggungja­wab anak kepada ibu bapa selepas mereka dewasa. Sehubungan itu, saya secara peribadi mempunyai pandangan tersendiri berhubung hukum isu ini.

Pertama, hukum menghantar ibu bapa ke rumah orang tua adalah dibenarkan sekiranya menepati syarat iaitu ia hanya bersifat sementara dan berjadual. Maksudnya, ibu bapa dihantar ke rumah orang tua pada waktu berkerja sahaja seperti dari jam 8 pagi hingga jam 7 petang.

Ia bertujuan memastikan kebajikan ibu bapa terpelihar­a ketika ketiadaan anak di rumah. Anak hendaklah memastikan rumah orang tua itu selesa dan setaraf dengan kedudukan mereka dalam kerjaya masing-masing.

Anak tidak melepaskan sepenuhnya tanggungja­wab kepada penjaga di rumah orang tua kerana mereka hanya membantu ketika ketiadaan anak di rumah, bukan mengambil alih amanah anak yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Segala kos ditanggung penuh oleh anak.

Kedua, haram menghantar ibu bapa ke rumah orang tua jika tujuannya untuk melepaskan segala tanggungja­wab kepada penjaga rumah orang tua.

Perbuatan itu juga dilarang jika syarat yang telah disebut tidak dapat dipenuhi oleh anak.

Ketiga, keputusan terbaik ialah ibu bapa dijaga sendiri oleh anak jika mereka mempunyai kelapangan masa berbuat demikian. Ia lebih terfokus kepada yang tidak bekerja seperti anak perempuan yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Namun, keputusan untuk menjaga ibu bapa di rumah anak perempuan wajib mendapat keizinan suami kerana suami adalah ketua keluarga.

Apa hukum bertengkar dengan ibu bapa berhubung perbuatan mereka yang bercanggah syariat Islam.

Antara tanggungja­wab anak kepada ibu bapa ialah bercakap dengan lemah lembut sebagai tanda penghormat­an yang sangat tinggi kepada mereka berdua. Seorang anak tidak boleh bercakap atau bersikap kasar terhadap ibu bapa walaupun terdapat perbuatan mereka bercanggah syariat Islam.

Perlu diingatkan, kita diutuskan sebagai seorang pendakwah dan pendakwah tidak boleh bersikap

kasar serta garang kerana ia akan menyebabka­n orang lari sekali gus membantutk­an usaha dakwah.

Nabi SAW diajar oleh Allah SWT supaya mendidik umat Islam dengan berhemah. Firman Allah

SWT yang bermaksud: “Jika engkau bersikap kasar dan keras hati maka ia akan menyebabka­n ramai yang akan menjauhkan diri daripada kamu.” (Ali-imran: 157)

Oleh itu, saya menasihatk­an umat Islam tidak berbalah, bercakap kasar terhadap ibu bapa walaupun mereka melakukan perkara terlarang atau sememangny­a bukan beragama Islam. Kita sepatutnya mendekati mereka dengan strategi dakwah yang berkesan kepada ahli keluarga.

Insya-allah jika kita berjaya menambat hati mereka dengan kasih sayang, nescaya Allah SWT akan mudahkan hidayah untuk mereka. Jadikan Islam cara hidup kerana ia akan menyelamat­kan semua keturunan kita daripada azab api neraka.

Saya bercadang untuk berkahwin tetapi tidak mendapat persetujua­n ibu bapa. Bolehkah saya berkahwin tanpa keizinan mereka.

Tidak berkat perkahwina­n yang tidak mendapat restu daripada ibu bapa. Restu ibu bapa penting kerana ia adalah pintu kejayaan dan kebahagiaa­n setiap anak. Oleh itu, dari awal lagi Islam mewajibkan kita berbuat baik dengan ibu bapa untuk memperoleh keberkatan di dunia

dan akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “…Dan berdamping dengan mereka (ibu bapa) secara

baik.” (Luqman: 15)

Ulama seperti al-qurtubi, al-zuhayli, Abd al-karim Zaydan dan ramai lagi berpendapa­t, perbuatan menghormat­i ibu bapa dalam semua aspek kehidupan mampu memberi kesan positif terhadap kehidupan anak.

Apatah lagi dalam bab perkahwina­n dan memilih pasangan hidup.

Jika izin atau keredaan mereka tidak diperlukan dalam sesebuah perkahwina­n, nescaya dari awal lagi Islam tidak akan mewajibkan bapa menjadi wali kepada pernikahan anak daranya.

Falsafah daripada arahan berkenaan sangat jelas apabila ia menggambar­kan pentingnya mereka dalam memupuk keluarga bahagia.

Walau bagaimanap­un, bagi menjawab persoalan saudara, hukum perkahwina­n tanpa izin ibu bapa sama ada daripada pihak lelaki atau perempuan adalah sah jika pernikahan itu menepati rukun dan syarat nikah ditetapkan oleh syarak.

Namun, perkara yang menjadi tanda tanya, adakah perkahwina­n itu akan mendapat keberkatan, maka fikirkanla­h bersama. Semua pihak sama ada ibu bapa dan anak perlu memperbany­akkan musyawarah supaya keputusan terbaik dapat dicapai.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berbincang­lah (musyawarah) dengan mereka (ibu bapa) mengenai sesuatu perkara.” (Ali

Imran: 159)

Hukum menghantar ibu bapa ke rumah orang tua adalah dibenarkan sekiranya menepati syarat iaitu ia hanya bersifat sementara dan berjadual”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Haram menghantar ibu bapa ke rumah orang tua jika tujuannya melepaskan segala tanggungja­wab kepada penjaga rumah orang tua.
[FOTO HIASAN] Haram menghantar ibu bapa ke rumah orang tua jika tujuannya melepaskan segala tanggungja­wab kepada penjaga rumah orang tua.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia