Berita Harian

Fasha diulit bahagia

Mengaku berkawan baik dengan Aidil, cuma belum sedia bicara soal hati

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Sukar sebenarnya untuk mencungkil soal hati dan perasaan pelakon cantik ini. Baginya, apa sahaja yang berkaitan dengan hal peribadi, selagi belum tiba masa yang sesuai, biarlah perkara itu disimpan kemas tanpa perlu diuar-uarkan.

Begitulah juga situasi apabila berbicara mengenai hubunganny­a dengan pelakon, Aidil Aziz, yang semakin hangat diperkatak­an saat ini.

Walaupun keintiman mereka bukan lagi rahsia, namun Fasha Sandha tetap mengambil jalan selamat untuk tidak terlalu terbuka apabila bercerita atau mengulas mengenainy­a.

Selama ini, setiap kali persoalan berkenaan diajukan kepada si empunya diri, jawapan yang diberikan adalah hubungan yang terjalin tidak lebih daripada seorang kawan. Dan, terma itulah juga yang akan digunakan Fasha setiap kali persoalan mengenai lelaki bertubuh kekar terbabit dibangkitk­an kepadanya.

Masih solo

Bagaimanap­un, pengakuan yang mengatakan statusnya ketika ini adalah seolah yang dimuat olah memberikan bayangan hubunganny­a dengan Aidil kini berada dalam fasa yang serius.

Kenyataan itu juga bagai peringatan daripada Fasha kepada manamana lelaki di luar sana supaya melupakan hasrat untuk mendekati dirinya kerana hatinya kini sudah pun berpenghun­i.

Ditanya apakah statusnya itu ada kaitan dengan Aidil, Fasha enggan mengesahka­n atau menafikan perkara itu.

“Ya. saya

(solo tetapi tidak boleh didekati). Cuma, saya tidak mahu meletakkan hubungan kami sebagai bercinta kerana lebih selesa dengan terma berkawan.

“Saya belum bersedia untuk bercakap soal hati dengan lebih lanjut kerana kita sememangny­a tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang rapat dengan saya,” jelas aktres berusia 34 tahun ini ketika menjawab pertanyaan apakah dia bersedia memberikan ruang kepada lelaki lain untuk mengetuk pintu hatinya jika benar hubunganny­a dengan Aidil tidak membabitka­n soal hati dan perasaan.

Hubungan direstui

Ujar pelakon drama bersiri Teratai Kemboja ini, dia bersyukur apabila mengetahui ramai pihak merestui hubunganny­a dengan pelakon dari Seremban, Negeri Sembilan itu.

“Saya tahu ramai peminat yang suka melihat kami berkawan dan mengharapk­an hubungan itu berakhir dengan ikatan perkahwina­n. Mungkin sebab dia masih single dan belum pernah berkahwin, ia menyebabka­n mereka merestui hubungan

 ??  ??
 ??  ?? Gambar Fasha bersama Aidil dan dua anaknya naik ke laman Instagram, baru-baru ini.
Gambar Fasha bersama Aidil dan dua anaknya naik ke laman Instagram, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia