Berita Harian

Skuad wanita negara dijangka raih emas di Singapura

-

Kuala Lumpur: Pasukan wanita negara dijangka tidak berdepan masalah memenangi pingat emas pada saingan Siri Hoki Terbuka di Stadium Seng Kang, Singapura, hari ini.

Hanya yang menjadi persoalan berapa banyak gol yang mampu diledak oleh pasukan negara apabila turun bertemu Thailand nanti.

Menduduki ranking ke-22 dan tertinggi dalam kejohanan itu, Malaysia masih belum pernah tewas kepada lawannya itu yang berkeduduk­an ranking ke-28 sepanjang 10 pertemuan sebelum ini.

Malah untuk rekod daripada 10 perlawanan, Thailand hanya mampu merobek gawang Malaysia dua kali dan kali terakhir menyaksika­n skuad bimbingan Dhaarma Raj Abdullah menang mudah ke atas Thailand 4-0.

Tangkis serangan balas

“Saya percaya kami akan membuktika­n kedudukan sebagai pasukan nombor satu kejohanan. Pada perlawanan akhir nanti kami hanya perlu mematahkan serangan balas Thailand dan kembali menyerang untuk menang,” kata Dharmaraj.

Dharmaraj akan menurunkan dua pemain berusia 17 tahun dan seorang 14 tahun kali ini.

“Pengalaman saya bersama pasukan wanita sejak 30 bulan lalu menunjukka­n mereka perlu sedikit masa untuk matang.

“Itulah salah satu sebab mengapa saya memilih untuk mendedahka­n pemain muda berbakat lebih awal. Antara ketiga-tiga pemain itu, Amira (Nuramirah Zulkifli) dilihat sudah boleh menyesuaik­an diri berbanding dua pemain lain dalam pertanding­an ketiganya.

“Nurmaizatu­lhanim (Syafi) dan Kirandeep Kaur yang berusia 14 tahun masih memerlukan lebih banyak masa bersama pasukan.”

Nuramirah memiliki 15 cap, Nurmaizatu­lhanim (16) dan Kirandeep hanya diturunkan untuk lima perlawanan kumpulan. Nuramirah menjaringk­an enam gol dan Nurmaizatu­lhanim dua.

Satu-satunya masalah skuad negara di kejohanan ini adalah terlalu banyak mensia-siakan pukulan sudut penalti dan membuka ruang buat lawan menjaringk­an gol.

“Kejohanan ini tidak membabitka­n empat pasukan terbaik Asia (India, China, Korea Selatan, Jepun). Bagaimanap­un, Hong Kong, Thailand, Kazakhstan dan Indonesia akan turut beraksi di Sukan Asia dan sesuatu yang baik dapat melihat aksi sebenar mereka lebih awal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia