Berita Harian

Tok Gajah yakin mara ke final ketepi PKNP

- Oleh Zulfaizan Mansor dan Asrol Awang

Kuantan: Dollah Salleh percaya skuad Pahang mampu meraih tiket final Piala FA apabila bertemu PKNP FC pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, Ipoh, malam ini.

Pengendali Tok Gajah itu menegaskan, kelebihan yang dimiliki kelab dari Perak itu selepas seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Kuantan, 23 Jun lalu, tidak melunturka­n semangat pemainnya.

Tiga jentera kembali beraksi

“Saya percaya prestasi lebih baik akan dipersemba­hkan Pahang untuk mengecewak­an tuan rumah yang pasti akan mengukuhka­n kubu mereka daripada dibolosi.

“Bagi saya, aksi separuh akhir kedua berbeza kerana tiga pemain utama kembali bersama pasukan selepas terlepas aksi kerana penggantun­gan perlawanan.

“Kehadiran Matthew Davies, Safuwan Baharudin dan Nor Azam Azih akan memantapka­n lagi jentera tengah pasukan untuk membantu skuad ini layak ke final,” katanya.

Masuk percuma

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mengumumka­n kemasukan percuma bagi penyokong di Stadium Perak, malam ini.

Bagaimanap­un, katanya, kemasukan percuma itu bersyarat iaitu semua penyokong perlu memberi sokongan penuh kepada PKNP yang bakal mengharumk­an nama negeri Perak.

“Kami sudah membuat keputusan membuka pintu seluas-luasnya bagi semua peminat untuk masuk percuma dengan syarat memberi sokongan yang penuh kepada pasukan kita.

“Pasukan yang akan menjulang nama baik negeri Perak,” katanya menerusi satu klip video khas yang dicipta bagi menaikkan moral skuad kendalian Abu Bakar Fadzim,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia