Berita Harian

Hamilton jadi penentu

Pasaran pemandu tergantung sehingga kontrak Mercedes selesai

-

Pasaran pemandu Formula Satu (F1) ‘tergantung’ sehingga masa depan juara dunia, Lewis Hamilton bersama Mercedes selesai, kata ketua pasukan Red Bull, Christian Horner.

Ketika ini, kontrak pemandu menjadi topik hangat di Grand Prix (GP) Austria dengan ketua pasukan Sauber, Frederic Vasseur menafikan pe- mandu berbakatny­a, Charles Leclerc akan menyertai Ferrari.

Horner berkata, agak sukar untuk pasukannya membuat keputusan bagi mengekalka­n Daniel Ricciardo sehinggala­h Mercedes menandatan­gani kontrak baharu bersama Hamilton.

"Semua ini berkaitan. Saya rasa keseluruha­n pasaran pemandu menunggu keputusan daripada ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff.

Dipanggil semula

"Sebaik Toto menawarkan kontrak baharu kepada Hamilton, barulah mekanisma akan dicari mengenai masa depan Carlos Sainz. Jelas sekali segala-galanya bergantung kepada Toto," katanya.

Sainz dipinjamka­n ke Renault, tetapi masih kekal terikat kontrak bersama Red Bull dan berpeluang untuk dipanggil semula jika Ricciardo meninggalk­an pasukan selepas berakhir hujung musim ini.

Seorang lagi pemandu Red Bull, Max Verstappen pula mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama pasukannya.

Horner berkata, masa depan Sainz akan bergantung kepada sama ada Ricciardo akan kekal di Red Bull atau sebaliknya.

"Ia bergantung sama ada kami memerlukan khidmatnya atau tidak. Keutamaan kami adalah untuk mengekalka­n kedua-dua pemandu.

"Apabila segala-galanya sudah jelas, kami akan mengadakan perbincang­an dengan Sainz," katanya.

Horner bagaimanap­un berkata, beliau yakin Ricciardo akan bersetuju dengan kontrak baharu untuk kekal bersama Red Bull.

"Saya yakin untuk tempoh beberapa minggu lagi kami akan membuat keputusan," katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia