Berita Harian

Hafizh bermula petak ke-15

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Pelumba Motogp negara, Hafizh Syahrin Abdullah meraih grid perlumbaan dalam kelompok 15 terbaik untuk kali keempat pada musim ini.

Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu menamatkan sesi kelayakan Grand Prix (GP) Belanda di Sirkit TT Assen di tangga ke-15 dengan catatan masa sepusingan terpantas 1 minit 33.666 saat.

Grid dalam kelompok 15 terbaik itu juga adalah yang keempat berturuttu­rut buat Hafizh selepas menamatkan sesi kelayakan masing-masing di tangga ke-14 bermula di GP Perancis, Mei lalu.

Satu lagi grid dalam kedudukan itu adalah di pusingan pertama musim di GP Qatar, Mac lalu.

Tangga ke-17

Hafizh kini menduduki tangga ke-17 dalam carta pelumba kelas perdana itu dengan 17 mata selepas tujuh pusingan dan berada di tangga kedua untuk muka baharu terbaik di belakang Franco Morbidelli dari pasukan EG 0,0 Marc VDS.

Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami mewakili pasukan LCR Honda IDEMITSU yang bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-13, hari ini berada di tangga ketiga carta muka baharu terbaik dengan 10 mata.

Pada sesi kelayakan semalam Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda Team menyambar petak hadapan pertama baginya musim ini dengan catatan 1'32.791s.

Cal Cruthlow dari LCR Honda CASTROL berada di tangga kedua dengan catatan 1'32.832s manakala Valentino Rossi (Movistar Yamaha Motogp) melengkapk­an barisan paling depan dengan 1'32.850s.

Marc Marquez (Repsol Honda Team) 1'32.791s

Cal Cruthlow (LCR Honda CASTROL) 1'32.832s

Valentino Rossi (Movistar Yamaha Motogp) 1'32.850s

Andrea Dovizioso (Ducati Team) 1'32.870s

Alex Rins (Team SUZUKI ECSTAR) 1'32.933s ... Hafizh Syahrin Abdullah (Monster Yamaha Tech3) 1'33.666s

 ??  ?? Marc Marquez bermula di petak depan pada GP Belanda.
Marc Marquez bermula di petak depan pada GP Belanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia