Berita Harian

Fellaini kekal di Old Trafford

Perancang Brazil tidak ingin pasukan mereka senasib Jerman

-

Brazil mungkin pilihan utama untuk menewaskan Mexico dan layak ke suku akhir Piala Dunia, namun pemain tengah Casemiro merujuk kepada Jerman yang sudah tersingkir sebagai bukti dalam bola sepak pilihan tidak bermakna apa-apa.

Brazil berdepan Mexico di Samara, malam esok waktu Malaysia namun pemain tengah Real Madrid itu menyatakan, juara lima kali itu tidak mengambil mudah terutama selepas menyaksika­n Jerman, penyandang juara dan pilihan bersama sebelum kejohanan bermula, berakhir di tangga tercorot kumpulan mereka.

“Senarai pasukan pilihan ini hadir daripada anda,” katanya kepada wartawan di pusat latihan Brazil.

“Jersi ini tidak menjamin anda menang perlawanan. Lihat Jerman. Dengan semua pemain yang mereka miliki, semua senarai pilihan, mereka masih tersingkir pada pusingan pertama.

Pilihan utama

“Kami tenang mengenainy­a. Semua pemain kami bertaraf dunia, kelab mereka sering kali pilihan utama. Jadi kami sudah biasa dengan tekanan, pasukan pilihan yang anda perkatakan ini. Bagaimanap­un kami perlu bermain bola sepak untuk menundukka­n Mexico.”

Satu daripada alasan Brazil menjadi pilihan adalah rekod buruk Mexico menentang pasukan Amerika Selatan pada pusingan akhir Piala Dunia.

Dalam 15 kejohanan sebelum Russia, Mexico pernah sekali menundukka­n pasukan Amerika Selatan, mengatasi Ecuador 2-1 pada 2002.

Satu lagi alasan Mexico sukar dijangka. Mereka mencipta satu daripada kejutan awal kejohanan apabila menundukka­n Jerman 1-0. Mereka menyusulin­ya dengan kemenangan 2-1 ke atas Korea Selatan namun kemudian mereka bertindak hambar menentang Sweden, yang membenam mereka 3-0.

Tidak kira pasukan apa yang ditampilka­n Mexico, mereka perlu melepasi pemain yang kini dianggap seorang daripada pemain tengah bertahan terbaik di dunia.

Selepas melakukan lima penampilan sebagai pemain gantian buat Brazil pada 2011 dan 2012, Casemiro diketepika­n buat seketika namun sejak itu dia muncul tonggak utama pasukan kendalian Tite, bermula dalam 12 daripada 13 perlawanan terakhir Brazil. Pemain tengah Brazil London: Pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini menamatkan spekulasi menyertai Arsenal apabila menandatan­gani kontrak baharu bersama Manchester United selama dua tahun, kelmarin.

Kontraknya bersama United berakhir hujung minggu ini dengan bos baru Arsenal, Unai Emery dilaporkan mahu mendapatka­n pemain itu.

Fellaini ditawarkan kontrak dua tahun walaupun pada peringkat awalnya hanya ditawarkan selama setahun dan ia sudah cukup meyakinkan pemain berusia 30 tahun itu untuk kekal di Old Trafford.

Kontrak baharunya turut mempunyai pilihan untuk dilanjutka­n selama 12 bulan selepas tempoh dua tahun berakhir.

“Saya gembira meneruskan karier sebagai pemain Manchester United,” katanya menerusi laman web kelab itu.

“Saya mengambil keputusan ini kerana amat gembira di sini. Malah saya berasakan masih banyak yang kami mahu capai di bawah kendalian Jose Mourinho.

Fellaini, yang kini beraksi dengan Belgium pada Piala Dunia, menyertai United dari Everton pada 2013, tampil sebanyak 156 kali dan meledak 20 gol.

 ??  ??
 ??  ?? Pemain Brazil, Neymar dan rakan sepasukan menjalani latihan menejelang pertemuan dengan Mexico di Sochi, kelmarin.
Pemain Brazil, Neymar dan rakan sepasukan menjalani latihan menejelang pertemuan dengan Mexico di Sochi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia