Berita Harian

Sikap Maradona tak boleh dicontohi

-

Buenos Aires: Legenda Argentina, Diego Maradona sememangny­a idola kontrovers­i, dipuja seperti Tuhan kerana kehebatann­ya pada Piala Dunia, namun kehidupann­ya pada pandangan awam terpisah antara rasa hormat dan penipuan.

Legenda berusia 57 tahun itu sekali lagi menjadi tajuk utama di Russia minggu ini apabila dirakam menunjukka­n dua jari tengah kepada penyokong ketika kemenangan tipis Argentina mengatasi Nigeria pada saingan terakhir peringkat Kumpulan D.

"Dia merasakan sayang orang Argentina terhadapny­a terlalu hebat, hinggakan dia berkelakua­n buruk. Sebaliknya orang akan melihat sebaliknya," kata ahli perniagaan berusia 55 tahun, Bruno Sollner.

Memang begitu

Daniel Carballo, 56, bersetuju bahawa Maradona "bukanlah contoh, sekurang-kurangnya buat saya dan kebanyakan rakan dan keluarga, tidak."

"Ada perkara yang tidak boleh diterima, tetapi dia memang begitu," kata Carballo.

Negara Amerika Selatan lain menganggap Argentina sebagai angkuh dan kelakuan Maradona yang bongkak dan menunjuk-nunjuk di khalayak tidak menggambar­kan persembaha­n sukar dialami pasukan itu di Russia.

"Dia bongkak, dia hilang kawalan kerana bongkak," kata Sollner.

Maradona dipuja kerana jaringanny­a berdepan England pada Piala Dunia 1986, jaringan menipu dilakukan dengan tangan - dia mengatakan ia adalah ‘Tangan Tuhan’.

Satu lagi ketika dia mengatasi lima pertahanan England untuk menjaringk­an gol yang disifatkan sebagai terhebat sepanjang zaman.

 ??  ?? Diego Maradona
Diego Maradona

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia