Berita Harian

Eriksen ayam tambatan skuad Danish Dynamite

-

Sochi: Pertembung­an dua perancang tengah, Christian Eriksen dari Denmark dan bintang Croatia, Luka Modric bakal menjadi tumpuan pada aksi 16 terakhir Piala Dunia, awal pagi esok.

Namun, bagi pemain antarabang­sa Denmark yang kini bertindak sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan negara itu, Jon Dahl Tomasson tetap memilih Eriksen sebagai pemain yang akan memberikan prestasi terbaik pada perlawanan itu.

Tomasson selaku penjaring gol terbanyak bagi negaranya memuji kemahiran tinggi dimiliki Modric dan kejayaan merangkul empat gelaran Liga JuaraJuara tetapi berkata pilihannya tetap kepada rakan pasukannya dalam skuad Danish Dynamite.

“Persembaha­n Eriksen lebih meyakinkan dari segi jaringan dan umpanan jaringan.

“Dia seorang pemain yang hebat, menyumbang banyak tenaga buat pasukan, banyak berlari, keduaduany­a pada tahap terbaik sebagai jeneral di atas padang,” kata bekas pemain berusia 41 tahun itu.

Bergerak 36 kilometer

Statistik Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) menyokong penilaian Tomasson mengenai Eriksen.

Menurut data, perancang berusia 26 tahun itu bergerak kirakira 36 kilometer lebih daripada manamana pemain lain dalam kejohanan itu pada peringkat kumpulan selepas beraksi setiap minit dalam semua perlawanan.

“Saya sudah menjaringk­an satu gol dan membantu satu jaringan lain kepada pasukan. Saya bersama pasukan dan kami sudah melepasi peringkat kumpulan,” kata Eriksen.

Eriksen, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik atas persembaha­nnya dan jaringan yang disumbangk­an ketika seri 11 menentang Australia, kelihatan santai menjelang perlawanan kalah mati itu.

“Saya berada dalam keadaan di mana banyak tumpuan terarah kepada saya. Saya membantu pasukan ketika menentang Perancis apabila mencipta dua peluang, tetapi mereka (rakan sepasukan) tidak menyempurn­akannya. Semoga mereka akan lakukan yang terbaik berdepan Croatia,” kata Eriksen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia