Berita Harian

‘Modric penentu nasib The Blazers’

-

Saint Petersburg: Luka Modric seolaholah datang daripada ‘planet yang berlainan’ dan adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak Croatia, kata rakan sepasukann­ya yang juga pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic.

Modric muncul sebagai seorang bintang pada Piala Dunia setakat ini apabila meledak dua gol pada aksi peringkat kumpulan untuk membantu pasukannya mara ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan D.

Mereka bertemu Denmark untuk slot ke suku akhir dengan Sepanyol dan rakannya di Barcelona, Andres Iniesta mungkin menanti mereka pada peringkat lapan terbaik itu.

Rakitic begitu mengenali Iniesta memandangk­an mereka beraksi bersama di Barcelona dan dia menyifatka­n Iniesta dan juga Modric sebagai pemain yang memiliki bakat menakjubka­n.

“Nampaknya mereka adalah daripada ‘planet yang berbeza’ dan mereka datang untuk bermain bola sepak bersama manusia di sini.

“Mereka adalah pemain yang hebat di posisi masing-masing. Satu penghormat­an untuk beraksi bersama Iniesta di Barcelona sepanjang empat tahun ini dan berganding­an bersama Modric selama 11 tahun dengan skuad Vatreni atau The Blazers.

Pemain terbaik

“Anda perlu menikmati peluang ini dan belajar daripada mereka. Inilah perkara terbaik yang boleh berlaku kepada mana-mana pemain.

“Jika saya menubuhkan pasukan bola sepak, saya mahukan mereka dalam pasukan saya. Iniesta adalah rakan baik saya, sementara itu saya menggangga­p Modric sebagai abang saya,” kata Rakitic.

Bekas pemain tengah, Robert Prosinecki, yang melakukan 49 penampilan dan dianggap antara pemain terbaik negara itu turut menyatakan Modric adalah pemain terbaik pernah dilahirkan di negara itu.

“Saya setuju dengan pandangann­ya. Modric bukan sahaja pemain terbaik, namun dia individu yang hebat, seorang pemimpin dan kami mengikutin­ya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Modric (dua dari kiri) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Roshchino Arena menjelang pertemuan menentang Denmark, awal pagi esok.
Modric (dua dari kiri) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Roshchino Arena menjelang pertemuan menentang Denmark, awal pagi esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia