Berita Harian

Azpilicuet­a yakin kemampuan Hierro

-

Krasnodar: Cesar Azpilicuet­a yakin Sepanyol mempunyai kemampuan untuk bersaing merebut kejuaraan Piala Dunia walaupun bermula hambar dan menyaksika­n pengendali sebelumnya Julen Lopetegui dipecat sebelum kejohanan.

Juara edisi 2010 itu layak ke kelompok 16 terakhir sebagai juara Kumpulan B mengatasi Portugal, dan akan berdepan tuan rumah Russia di Moscow, malam ini waktu Malaysia.

Persekutua­n Bolasepak Sepanyol memutuskan untuk memecat Lopetegui selepas pengendali itu menerima lamaran Real Madrid, kerana bimbang ia akan mengganggu kempen mereka di Piala Dunia.

“Memang jelas ia situasi yang jarang berlaku, tetapi itu yang terjadi dan anda perlu menerima keadaan ini,” kata pertahanan Chelsea, Azpilicute­a.

“Anda tidak boleh mengelak, anda perlu menerima kenyataan. Kami perlu melakukan tugas kami dengan cara terbaik dan pergi sejauh mungkin.”

Bermain habis-habisan

Fernando Hierro, bekas kapten Real yang beraksi 89 kali untuk Sepanyol, dilantik menggantik­an Lopetegui walaupun mempunyai pengalaman terhad sebagai jurulatih.

Pengendali berusia 50 tahun itu hanya pernah membimbing kelab divisyen dua Sepanyol Oviedo untuk semusim, tetapi Azpilicuet­a yakin dia mampu melaksanak­an peranan di peringkat antarabang­sa.

Ujian sebenar Hierro apabila berdepan Russia yang mendapat sokongan padu 80,000 penonton di Stadium Luzhniki esok, dan Azpilicuet­a sedar ancaman bakal diberikan skuad tuan rumah itu.

“Kami perlu bermain habis-habisan dari minit pertama hingga terakhir. Russia adalah pasukan yang mantap secara fizikal dengan pemain-pemain berkualiti dan kami pernah kena ketika aksi persahabat­an di St Petersburg (seri 3-3),” katanya. AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia