Berita Harian

‘Russia sedia lakukan kejutan’

Ingin hadiahkan kemenangan ke atas Sepanyol untuk penyokong setia

-

Perlawanan terakhir Russia bertemu Uruguay menyaksika­n mereka kembali dilabelkan sebagai pasukan lemah dan aksi seterusnya bertemu Sepanyol kemungkina­n besar akan menyebabka­n mereka tersingkir awal.

Tuan rumah bakal turun pada perlawanan paling penting sejak tiga dekad apabila dijadual bertemu juara dunia 2010 itu pada pusingan kedua di Moscow, Ahad ini.

Mereka akan melakukan penampilan pertama di peringkat kalah mata selepas era Soviet sebagai pasukan Penyerang Russia bukan pilihan dengan Sepanyol tidak pernah tewas sejak dua tahun lalu.

Russia melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia tanpa mencatat sebarang kemenangan sejak lapan bulan lalu.

Hadiah paling bermakna

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu menyaksika­n Sepanyol mencatat kemenangan 3-0 pada separuh akhir Euro 2008.

“Kami mahu melakukan kejutan. Kami mahu memberikan hadiah paling bermakna kepada penyokong setia kami,” kata penyerang Russia, Artem Dzyuba.

Tuan rumah AS$13 bilion (RM52.4 bilion) untuk memenuhi impian Presiden Russia, Vladimir Putin yang mahu menunjukka­n bahawa mereka juga antara kuasa besar dunia dalam bola sepak.

Skuad kebangsaan yang pada awalnya tidak meyakinkan mempamer aksi memukau apabila membelasah Arab Saudi 5-0, pada aksi pembuka tirai sebelum menewaskan Mesir yang dibintangi Mohamed Salah 3-1.

 ?? [ FOTO EPA-EFE ] ?? Pemain Russia menjalani latihan di Novogorsk semalam, menjelang pertemuan menentang Sepanyol.
[ FOTO EPA-EFE ] Pemain Russia menjalani latihan di Novogorsk semalam, menjelang pertemuan menentang Sepanyol.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia