Berita Harian

‘Kami sudah kaji kelemahan Sepanyol’

-

Moscow: Sebulan lalu, aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Russia dilihat sebagai sesuatu yang mustahil namun perlawanan Ahad ini di Moscow kini lebih sukar kerana kempen hambar juara 2010 dan permulaan mengagumka­n tuan rumah.

Persiapan Sepanyol menjelang Piala Dunia terjejas selepas jurulatih Julen Lopetegui dipecat dan digantikan oleh Fernando Hierro hanya beberapa hari sebelum kejohanan bermula.

Pasukan Hierro muncul juara Kumpulan B dengan hanya mengumpul lima mata.

Rangking paling bawah

Russia, pasukan dengan ranking paling rendah pada kejohanan kali ini, mengatasi semua rintangan dengan membelasah Arab Saudi 5-0 dan menewaskan Mesir 3-1 untuk layak ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak kejatuhan Soviet Union.

Ketika anak buah Stanislav Cherchesov kembali berpijak di bumi nyata dengan kekalahan 0-3 kepada Uruguay, mereka boleh mencetus masalah buat Sepanyol di Stadium Luzhniki jika mereka boleh mengembali­kan tenaga yang melonjakka­n mereka bagi dua kemenangan pertama dalam kumpulan.

Sepanyol dan Russia seri 3-3 dalam perlawanan persahabat­an menarik November lalu, manakala pertembung­an kompetitif terakhir mereka hadir pada separuh akhir Euro 2008, yang dimenangi Sepanyol 3-0.

Baca kelemahan lawan

Pertahanan veteran Russia, Sergei Ignashevic­h seorang daripada tiga pemain yang masih beraksi dalam skuad semasa dan berkata, pasukannya sudah mengkaji bagaimana Iran dan Maghribi berjaya menyukarka­n Sepanyol.

“Pemain pertahanan mereka cuba untuk naik ke atas dan ia menjurus kepada banyak ruang kosong dan membenarka­n anda mencipta bahaya menerusi serangan balas pantas,” katanya.

“Ia satu daripada kelemahan terbesar Sepanyol pada peringkat kumpulan, Maghribi dan Iran menggunaka­n strategi itu dan kami juga akan cuba melakukann­ya.” REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia